*:..。o○Chapter 48○o。..:*

12 3 4
                                    

Warning: Dark content ⚠

Dua hari setelah pengebumian Aria, Tiger datang secara senyap kepada Blue ketika gadis itu melawat mansion Aren yang hangus terbakar.

Tiger menawarkan dirinya sebagai rakan kerja dan pemberi maklumat tentang Miss Foxy kepada Blue.

"Aku akan tolong apa saja asalkan kau setuju untuk berikan 'neraka' kepada para bangs*t tu" ujar Tiger.

Blue masih diam membeku di tempat. Dia tidak tertarik langsung dengan tawaran tersebut. Malah berbalik untuk sekadar melihat lelaki berdarah campuran Chinese Malaysian itu pun tidak.

"Aku tahu kau siapa. Kau bukan orang calang-calang. Kau pewaris sah keluarga lagenda, Snowden dan bangsawan berdarah diraja, Daffa. Hanya kau satu-satunya orang yang boleh tolong aku" Tiger masih tidak berputus asa.

Blue mengukir senyum sinis.

"Impressive how you know that" akhirnya dia bersuara namun masih tidak berbalik.

Jika Tiger datang berjumpa dengannya lebih awal mungkin Blue akan merasa kagum dan merekrut Tiger menjadi salah seorang anak buahnya.

Ini kerana Blue telah memadam segala maklumat mengenai dirinya termasuk bukti yang menyatakan bahawa dia pewaris dua keluarga hebat tersebut.

Kalau Tiger berjaya mengorek maklumat yang telah dipadam oleh hacker SAA sepertinya, itu menunjukkan dia seorang yang sangat berguna.

"Aku dah lama siasat tentang kau. Agak mengagumkan dan cukup sulit untuk menembusi pertahanan kau. Sebab itu aku sangat yakin hanya kau yang layak tolong aku"

"Tambahan pula, keluarga Snowden amat terkenal dengan sifat-sifat hitam dan heartless mereka sementara keluarga Daffa pula terkenal dengan kebijaksanaan serta posisi utuh dalam carta organisasi negara"

"Kau tahu kerajaan pernah mencuba mengesan keberadaan kau setelah tragedi nahas pembunuhan keluarga Daffa dan Snowden beberapa tahu lalu kan?"

"Melihat daripada kesungguhan cara kau memadam data pribadi itu, aku pasti kau tak nak kewujudan kau terbongkar di mata dunia"

"Bayangkan apa yang bakal terjadi kalau aku beritahu mereka (pihak kerajaan) mengenai kewujudan kau" Tiger menggunakan strategi ugutan.

Cara itu berhasil membuatkan Blue berpaling. Sebelah kening terjungkit, tangan disilang dan mulut mengemam lollipop.

"Aku hanya minta pertolongan kau supaya buat Miss Foxy dan anaknya tersiksa itu saja. Kalau kau setuju, aku takkan bongkar rahsia kau. It's win win situation" Tiger cuba berunding.

"Kau terdesak" ujar Blue ringkas.

Seketika Tiger diam menunduk sambil menggepal penumbuk. Lelaki itu nampak seperti ingin meletus.

"Because of them, my wife died. She forced me to sleep with her daughter and killed my wife. People like them don't deserve to live on earth. Their place in hell!" Bentak Tiger bersama mata yang berkaca.

Blue merenung kosong lelaki berdarah campuran itu.

"Kalau pembalasan yang kau inginkan aku bukan orangnya. Jika kau tahu tentang identiti sebenar aku itu bermaksud kau juga tahu yang aku tidak boleh membunuh" kata Blue.

"Aku tak minta kau untuk membunuh. Cukup kau siksa mereka sehingga mereka melutut dan merayu pada aku" balas Tiger.

Blue terdiam sejenak memikirkan tawaran tersebut. Kalau diikutkan hati memang dia tak berminat tetapi mendengar permintaan Tiger untuk menyiksa orang menjadikan tawaran itu lebih menarik.

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now