*:..。o○Chapter 47○o。..:*

19 3 14
                                    

Harini sudah genap seminggu pemergian Ar. Majlis tahlil yang diuruskan oleh Aren, Mak Nah, Pak Mat dan Mak Jah juga telah tamat.

Disebabkan Aren sudah berpindah ke rumah agam keluarga Snowden yang terletak di tengah hutan, orang yang hadir ke majlis tersebut hanya terdiri daripada beberapa orang kenalan rapat saja.

Aren keluar dari rumah agam. Dia mendongak memandang tingkap yang merupakan bilik Blue.

Semenjak kejadian hitam itu, Blue langsung tidak mahu keluar dari bilik. Dia mengurung diri sendiri dan menolak untuk berkomunikasi dengan semua orang termasuk Mak Nah.

Aren risau. Dia takut kalau Blue lakukan perkara-perkara berbahaya seperti yang pernah diucapkan dulu.

Ya, dia mengaku salah kerana menyembunyikan sesuatu yang penting daripada Blue tentang Ar namun bukan sepenuhnya salah dia.

Ar yang merayu supaya jangan beritahu Blue perihal sakit yang diderita dan juga hubungan mereka. Jadi salahkah Aren mengikuti kehendak tersebut?

"Huh.... "

Puk!

Haziq menepuk bahu Aren.

"Takziah bro, tak sangka pertemuan korang sekejap sangat" Ucap Haziq.

"Thanks, Allah lebih sayangkan dia Ziq. Dah memang ketentuan kitorang macam tu nak buat macam mana? Yang penting aku bersyukur sebab diberikan kesempatan untuk bertemu dengan adik aku" Aren menghadiahkan senyum ikhlas.

"Itu lah, aku tumpang gembira. Even aku still shock yang kau ada adik" kata Haziq lagi.

"Mula-mula pun aku shock juga. Yelah takda angin takda ribut tiba-tiba je dia muncul and mengaku adik aku. Siap cakap yang ibu aku sebenarnya hidup lagi pula tu. Nasib baik aku ni jenis yang tenang. Kalau tidak mesti sekarang aku rasa menyesal" balas Aren.

Haziq mengangguk sebelum berbicara.

"Okay lah aku balik dulu. Dah lewat ni"

"Hm yelah. Thank you sebab datang"

"No hal"

Sejurus selepas Haziq hilang dari pandangan mata, dua orang lelaki sasa berjalan ke arah Aren.

"Assalamualaikum" ucap Mirza.

"Waalaikumsalam" jawab Aren.

"Aku Mirza, ni adik kembar aku, Firza. Kitorang kawan rapat Blue dan arwah Ar" Aren menyahut huluran tangan Mirza.

"Aren, arwah adik dengan Ela ada mention nama korang berdua. Thanks sebab sudi hadir majlis tahlil tadi" kata Aren mesra.

"No problem. Kitorang dah anggap Blue dan Ar macam adik sendiri. Abang jenis apa yang tak datang majlis tahlil adik dia kan?" Aren tersenyum tawar.

Mirza mendongak memandang tingkap bilik Blue yang gelap sebelum menepuk bahu Aren.

"Keep strong bro. Mental kau kena kuat kalau kau betul-betul sayangkan dia. Blue tu memang hati kering and selfish sikit. Kadang-kadang bila dia dah berada di tahap terendah, dia boleh jadi sangat kejam kepada sesiapa saja"

"Selama ni dia cuma ada Ar. Mereka berdua umpama hati dan jantung dalam satu badan yang sama. Aku harap kau tabah lah sebab kau sendiri yang nekad pilih makcik tu jadi isteri"

"Thanks bro, kau pun stay strong" kalini giliran Aren pula menepuk belakang Mirza.

Firza hanya memerhati dari jauh. Tidak ada niat ingin masuk campur. Dia tak berdendam atau bencikan Aren sebab kahwini Blue cuma sedikit tak suka. Mungkin memerlukan sikit masa lagi untuk Firza berdamai dengan Aren.

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now