*:..。o○Chapter 39○o。..:*

19 4 8
                                    

"Mama"

"Hm?"

"Mama okay?" Soalan daripada si kecil berjaya menyedarkan Blue.

"O-okay, why?"

Blue memandang si kecil yang terbaring di atas katil. Tepukan lembut pada peha kanak-kanak itu juga terhenti.

"Mama nampak tak okay je. Daripada tadi diam lepastu asyik termenung. Mama takut ke?" Tanya si kecil prihatin.

"Takut kenapa?" Soalan dibalas soalan.

"Yelah tengah hari tadi kan mama lawan orang jahat" jawap Vivy.

"Takdelah bukan macam tu.... " lirih Blue.

Air mukanya kembali berubah apabila kejadian itu berulang di kotak ingatan. Dia memejamkan mata. Sedaya-upaya mengawal perasaan yang bergelora di dada.

"There's nothing to scare. Dah jom tidur, nanti mama nak keluar kejap jumpa Inspektor Hanif. Kalau Vivy mimpi buruk pergi tidur dengan papa dekat main bedroom" pesan Blue.

"Eum, mama jangan balik lewat tau" larang si kecil.

Blue hanya tersenyum hambar.

Dia kembali menepuk si kecil sambil bersenandung. Sesekali Blue akan menukar tangan kerana tiba-tiba saja dia menggigil.

Untung Vivy tidak perasaan akan hal tersebut. Blue menutup mulut menggunakan tangan yang lain ketika nafasnya mula tidak stabil.

Dengan segera dia turun dari katil menuju ke bilik air setelah memastikan si kecil sudah lena.

Blue duduk menyandar di belakang pintu. Lutut dirapatkan ke dada. Tangan yang menggigil dan berpeluh ditekup pada mulut.

*Breath breath breath! Come on!*

Botol pil yang terselit dalam poket hoodie dikeluarkan lalu dengan sigap Blue menelan pil tersebut.

Entah berapa banyak yang ditelan pun dia tidak tahu.

"Abang... hah... hah... Aria..." panggil Blue.

Dia memeluk lutut sambil membenamkan muka. Mata dipejamkan erat.

"Hah... " nafas berat dihela.

Blue menolak juntaian rambut ke belakang setelah dirinya semakin membaik.

"Sh*t.! It's happened again" gumamnya.

Mata Blue sedikit berpinar. Kepala dia mulai pusing. Mungkin kerana tadi dia tertelan pil dengan kuantiti yang banyak.

"Don't start it, my work is still delayed a lot"

Tanpa memperdulikan kondisi diri, Blue bangun dan keluar dari bilik Vivy. Sebelum pergi, dia sempat melihat Aren yang sedang duduk termanggu di ruang tengah.

"Not asleep yet?"

"Let me go with you, honey" tanpa babibu Aren langsung bangun dari kerusi yang diduduki.

Wajah bercelaru jelas terlihat. Actually, Aren tidak lah risau sangat kalau Blue nak keluar berjumpa Inspektor Hanif atau diarahkan untuk mengintai musuh.

Dia yakin Blue boleh handle malah bersaksikan mata kepalanya sendiri dia melihat kelincahan gadis itu melawan musuh.

Jadi untuk apa Aren risau pada sesuatu yang Blue sendiri tidak ambil peduli?

Aren cuma... hampa.

Dia rasa diri dia betul-betul tak berguna. Semua Blue yang uruskan. Sepatutnya dia yang keluar berbincang dengan Inspektor Hanif.

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now