BonChap: Yang sebenarnya

18 3 23
                                    

Blue membuang segala jenis senjata yang berada di tubuhnya. Dengan nafas yang teratur Blue berdiri tegak menatap Miss Foxy.

"Kenapa buang senjata kau?" Soal Miss Foxy berbasa-basi.

"Sebab aku hanya licik bukan rubah kotor macam kau"Sinis Blue.

Miss Foxy tersenyum.

"Sorry tapi aku tak seadil kau" Miss Foxy memulakan pertarungan dengan tembakan bertubi-tubi ke arah Blue.

Blue mengelak. Dia mencari kesempatan supaya dapat mendekati Miss Foxy. Sebiji bom asap dilempar.

Miss Foxy terbatuk-terbatuk sambil melepaskan tembakan asal-asalan.

Bruk!

Miss Foxy rebah ditendang. Dia cuba menarik kaki Blue namun Blue terlalu lincah. Menggunakan handgun yang terselit di peha, Miss Foxy menembak pancuran kecemasan di atas.

Air yang keluar daripada pancuran itu perlahan-lahan menghilangkan asap yang memenuhi ruangan.

"BERHENTI!" Teriak Miss Foxy cemas tatkala melihat Blue memegang sebuah batang besi dan menghalakannya ke sebuah tangki kaca yang penuh dengan bahan kimia berbahaya.

Miss Foxy cuba bermain kotor. Dia senyap-senyap mendekati sebuah meja yang terdapat butang kecil di bawahnya.

"Kita boleh akhiri semuanya dengan baik. Apa kata kau jadi partner aku. Dunia ini akan menjadi milik kita dengan mudah" hasut Miss Foxy.

"Aku tak perlukan dunia jika dunia aku sendiri sudah hancur" balas Blue.

"Cuba kau fikir balik... banyak tau manfaat dan kelebihan yang kau akan dapat. Semua orang akan tunduk pada kau, puji kau dan berikan apa saja yang kau mahu. Paling bestnya, tiada sesiapa yang boleh halang kau"

Miss Foxy menekan butang tersebut.

"Aku bukan batak kuasa"

Miss Foxy terkejut kerana tiada apa yang berlaku. Seharusnya Blue terjatuh ke bahagian bawah bangunan yang sudah tersedia sebuah balang kaca.

Bahagian atas akan tertutup dan air perlahan-lahan memenuhi balang kaca seterusnya menyebabkan Blue mati lemas.

Apa yang terjadi sekarang?

"Aku dah suruh Tiger cek bangunan ni dan padamkan semua perangkap. Bod*h juga kau ni sebab buang orang cekap macam dia" ejek Blue.

Tanpa menunggu waktu yang lama, Blue memecahkan tangki cecair kimia tersebut. Dia melompat ke bahagian atas bangunan dengan hook gun sementara Miss Foxy tergopoh-gapah berlari menaiki tangga.

Sebaik sampai di atas, Blue memukul kepala Miss Foxy sehingga berdarah.

"Aku dah kata let's end this together, kan?" Sebuah pemetik api dikeluarkan.

"Kau nak buat apa tu!?"

"Akhiri segalanya"

"JANGAN JADI B*DOH!"

"Upps! Dah terlambat"

Blue melempar pemetik api itu ke bawah. Api yang marak disertai ledakan di merata tempat berlaku dalam sekelip mata.

Blue memejamkan mata. Dia sudah tidak boleh lari lagi. Api mengepung mereka dari segala arah.

Dia membiarkan Miss Foxy terpekik terlolong dan berlari sana sini mencari jalan keluar. Blue mendudukkan diri lalu bersandar pada dinding bangunan.

Nafasnya mula sesak akibat asap yang terlalu tebal. Dia menunggu masa dirinya dijilat api.

Dalam pandangan yang kabur, Blue terbayang wajah Vivy, Aria, Mirza, Firza, Mak Nah, Arel, Pak Mat dan Aren.

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now