*:..。o○Chapter 22○o。..:*

21 4 7
                                    

Kipas tangan dilajukan mengipas wajah yang ditutupi mask dan Nike cap.

Suasana ramai dan sesak merimaskan lagi keadaan.

Dia tak suka.

Betul betul tak suka berada di kalangan orang ramai.

Ditambah lagi dengan cuaca yang panas, fuhh....... Semaknya rasa.

Pegangan dieratkan pada si kecil begitu juga sebaliknya. Vivy menggenggam erat tangan Blue. Mungkin kerana takut dengan orang ramai.

Aren ni pun satu! Kata nak pergi airport terus ni sempat pulak menyinggah dekat zoo.

Nak jumpa spesies dia yang warna coklat berbulu tu ke apa?

"Hey honey hey sweetie, sorry I'm late"

Blue memandang datar Aren yang tercungap-cungap mengambil oksigen. Ye lah baru lepas berlari dari kaunter tiket kearah mereka yang berada agak jauh dari pintu masuk zoo.

Kira-kira jarak mereka 2 km.

"Let's go inside"

Tanpa babibu tatitu Aren menarik tangan Vivy yang sememangnya terpaut dengan tangan Blue untuk masuk ke dalam zoo.

*I swear Aren, kalau kau bukan sesiapa untuk aku memang dah lama nama kau aku tambah arwah*

Dengan gerakan pantas Blue membuang batang lollipop strawberry yang digigit sembari tadi ke dalam tong sampah di samping pintu masuk.

Tak lama setelah mereka masuk, genggaman pada tangan Blue mengendur dan akhirnya terlepas.

Blue hanya memerhati si kecil yang sedang bergembira melihat haiwan-haiwan zoo bersama Aren.

Burung,

Buaya,

Badak,

Monyet,

Kura-kura,

Merak,

Kangaroo

Dan macam macam lagi.

Sehingga mereka tiba di perhentian terakhir iaitu tempat koala. Blue melihat penjaga haiwan disitu memberikan peluang untuk pelawat menggendong koala.

"Hey sir, do you want to try hold this koala?" Tanya sang penjaga.

"Can I?" Aren menyoal balik.

"Sure, come on take it"

Sang penjaga menyerahkan binatang tersebut kepada Aren. Masa di tempat kangaroo tadi pun pelawat dibenarkan memegang anak kangaroo dan menyusuinya.

Tapi disebabkan terlalu ramai, mereka melihat sepintas lalu saja orang lain menyusui binatang berkaki dua itu.

"Sweetie look at this, papa have koala. Do you want to touch it?" Soal Aren pada Vivy.

Vivy mula mula terlihat takut tapi setelah menyentuh bulu lembut sang koala dia semakin berani.

"Mama! Mama! Look at this! Vivy touch koala" Ujar Vivy teruja.

Blue hanya menganggukkan kepala.

"Honey wanna try?"

Blue menggelengkan kepala.

Apa yang dia nak sekarang adalah keluar dari tempat sesak ni, naik flight dan kembali ke bumi Malaysia.

"Come on honey take this"

Argh! Blue rasa nak lempang Aren sekarang.

Nak tak nak Blue terpaksa menyambut koala yang dihulurkan Aren. Nanti kalau tak disambut tak pasal pasal kena saman sebab jatuhkan binatang ni.

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now