*:..。o○Chapter 17○o。..:*

18 3 4
                                    

"Weh bro, kau ok tak?"

Senyap.....

"Aren?"

Masih lagi senyap.....

Pak!

"Wahai bosku yang terhormat lagi kan kacak tapi kacak lagi aq, Aren Narendra!" Jerit Haziq sedikit kuat sambil menghentak meja di hadapan mereka.

"Diam lah samsul! Memekak je dari tadi" Marah Aren.

"Siapa samsul? Aq Haziq" Tanya Haziq namun dipulaukan Aren.

Penat dia nak layan perangai kurang cerdik lelaki itu.

Aren membaringkan kepala di atas meja dengan lengan sebagai alas.

"Monyok semacam je muka kau. Asal? Bini kau mintak cerai ke?" Kata Haziq selamba.

"HEH! Mulut" Marah Aren lalu memukul bahu Haziq.

Kawan dia ni kalau cakap tak pernah nak elok. Dahlah sekarang dia tengah ada masalah dengan Ela. Buatnya mulut Haziq ni masin acane?

Aren tak sanggup jadi duda kali kedua.

"Sakit siot" Adu Haziq sambil menggosok bahu yang sakit.

"Padan muka kau. Cuba lah cakap benda yang elok sikit. Kata-kata tu kan satu doa. Lain lah kalau kau doa aq dilimpahkan rezeki ke, Ela dah start terima aq ke atau family aq bahagia till jannah kan helok sikit" Bebel Aren.

"Yelah yelah! Aq salah kau je betul" Rajuk Haziq.

Dahlah kena pukul, dapat pulak pakej dengar Aren bebel. Haziq rasa nak cincang je bos merangkap kawan dia tu. Tapi kalau cincang dia, siapa nak bayar gaji Haziq?

"Weh ziq" Panggil Aren

"Apa" Jawap Haziq sedikit kasar.

"Aq perlukan otak kau"

"Apahal pulak? Aq tahu lah aq ni bijak tapi takkan sampai nak tukar otak?"

"Sejak bila aq cakap nak tukar otak?"

"Lah tadi? Kau kata kau perlukan otak aq tu pebende?"

*Haish... Sabar Aren sabar*

Aren menenangkan diri sambil mengusap dada. Dia perlukan pertolongan Haziq sekarang jadi dia kena bersikap lemah lembut.

"Aq serius ni. Aq perlukan idea kau untuk pujuk Ela" Ujar Aren

"Dah kenapa pulak? Ela tu bini kau ke bini aq?" Sindir Haziq

"Kau kan bijak and lagi pandai dari aq. So aq nak minta nasihat kau sikit je. Selebihnya aq uruskan sendiri"

"Hm yelah. Kau nak aq nasihat acane?"

"Aq nak kau nasihat sikit cara-cara pujuk bini yang merajuk"

"Ouh senang je. Perempuan kan perlu duit untuk sara hidup bahkan duit lebih penting dari cinta untuk diorang. Kau tabur je lah 1 juta kat dia. Aq yakin dia takkan merajuk dah"

"Masalahnya sekarang ni, Ela tu lagi kaya dari aq tahu tak? Setakat 1 juta tu dia ada berlambak"

"Eum... Makanan? Perempuan kan suka makan"

"Tapi Ela tak. Dia kalau bab suruh makan paling payah. Macam kena suruh membunuh. Kadang aq sendiri kena paksa dia makan baru dia nak makan. Tu pun sikit je kalau aq tak pantau"

"Bini kau ni perempuan original ke bukan ren?"

"Eh kau. Sesedap je nak tuduh bini aq yang bukan ii"

"Tak tuduh cuma dia tu spesies perempuan hampir pupus ke hah? Semua perempuan yang aq jumpa suka dengan duit dan makanan tapi bini kau tak. Kau cakap betul ii dengan aq bini kau ni kau angkut dari kawasan hutan ke acane? " Soal Haziq curiga.

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now