*:..。o○Chapter 29○o。..:*

22 4 15
                                    

Ada 3 hal yang diterapkan dalam hidup Aren selepas Tuan Edward memutuskan untuk mengahwini Yolanda.

Redha....

Biarkan....

Diam.....

Itu yang dilakukan selama berpuluh-puluh tahun dia hidup. Bahkan ketika dia melihat perempuan itu menitiskan cecair putih ke dalam setiap minuman dan makanan Tuan Edward pun dia masih berdiam diri.

Bukan dia rela ayahnya dipergunakan seperti itu namun dia tak mampu berbuat apa-apa walaupun dia telah dilatih oleh ibu dengan bermacam jenis seni bela diri.

Aren mampu lindungi Tuan Edward. Dia boleh saja lenyapkan perempuan tak guna tu dari bumi ni dan hidup bersama Tuan Edward.

Tapi malang sekali nasibnya kerana pada waktu kejadian, dia tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk menentang Yolanda.

Perempuan itu bukan gadis biasa... Yup, ia baru menyedari kenyataan tersebut ketika Yolanda mengurung dan menyuntiknya dengan suatu cecair tepat pada malam perkahwinannya dengan Tuan Edward.

Sejak dari itu hidup Aren dikuasai kegelapan. Semua kekuatan dan keberanian bagaikan disedut. Ketakutan membuntukan dirinya sehingga dia tak boleh melawan Yolanda.

Dah banyak kali dia cuba namun pengakhirannya tetap sama. Mental dan fizikal Aren akan didera sehingga rabak.

Sehingga satu tahap dimana dirinya memutuskan untuk mengakhiri hidup. Lemas, terjun dari bangunan, cederakan diri, berdiri tengah highway, overdose ubat semua dia dah buat.

Tapi entah kenapa setiap kali itu lah dia akan nampak ibu. Ibu seolah-olah masih hidup dan menjadi perisai yang menghalang kematian dari menjemputnya.

Katakan saja dia gila, ya dia gila. Si gila yang liat nak mati anggap saja begitu. Bahkan ketika Vivy hadir sekalipun ia masih lagi si gila.

Bebanan yang diletakkan di bahunya sangat berat. Ditambah pula dengan kondisi Vivy yang menghidap paranoid.

Sungguh Aren merayu pada tuhan agar menghantar malaikat Izrail untuk mencabut nyawa dia pada detik itu juga. Dia tak sanggup lagi, dia berputus asa, dia lemah.

Namun lama kelamaan Aren sedar kalau nasib semua orang bergantung pada dia. Jika dia berterusan begini,bagaimana dengan Vivy dan Tuan Edward?

Walaupun Tuan Edward dah buat macam-macam padanya tapi dia tahu itu bukan kehendak Tuan Edward.

Yolanda

Ye, dia yang kawal Edward supaya lelaki itu buat semua yang di suruh dan Aren tak mahu jadi seperti itu. Dia bangkit, berbekalkan iman serta nekad yang kuat dia cuba untuk bertahan hidup.

Sehinggalah Ela datang. Si gadis misterius yang datang secara tiba-tiba dalam hidup kelam Aren dengan membawa secebis cahaya.

Gadis yang tiba-tiba dapat mencuri kepercayaan Vivy dan menawarkan perlindungan secara sukarela untuk mereka.

Agak pelik tapi Aren percaya sebaik saja melihat iris biru itu. Entah mengapa dia rasa selamat, rasa gembira, rasa sayang dan rasa sihat ketika berada dengan gadis itu.

Jampi apa yang dia pakai?

Siapa dia?

Kenapa?

Mengapa?

Bagaimana?

Sebab apa?

Semua persoalan itu akan ia ungkai secara perlahan-lahan. Yang penting.......

Ela nadi dia.

Nyawa dia.

Jantung dia.

Sumber kekuatan dan juga healer Aren.

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now