*:..。o○Chapter 3○o。..:*

14 3 8
                                    

Dear my love,

Ibu rasa hidup ibu mungkin akan berakhir sebentar lagi. Tapi ibu redha.Ibu harap kamu dan ayah hidup dengan bahagia walaupun ibu tiada. Ibu harap kamu masih ingat dengan pesanan ibu.

Jangan sesekali berdendam atau bencikan ayah tak kira apa pun yang berlaku. Dia tetap ayah kamu. Mungkin ada sebab kenapa dia jadi macam tu.

Aren,
Ibu harap hidup kamu bahagia dan baik-baik saja. Ibu ada 1 permintaan,harap kamu tak keberatan untuk tunaikan.

Cari orang bernama "Airella Alayna" dan kahwin dengannya. Ibu dah berjanji dengan ibu bapanya untuk sentiasa jaga dia tapi ibu rasa masa ibu dah habis.

Ibu harap kamu boleh jaga dia untuk ibu. Maaf kalau ibu buat kamu tak selesa dengan permintaan ni. Kalau kamu sudah berkahwin atau sudah ada permaisuri hati maka lupakan permintaan ni.

Ibu sentiasa sayang kamu

Salam sayang,
Ibu


"Bos, harini kita ada meeting pukul 12 tepat dekat Hotel Crystal Moon dengan syarikat semalam" Ucap Haziq selaku PA dan wakil bosnya.

"Bos? " Panggil Haziq apabila sang bos tidak menunjukkan sebarang pergerakkan

"Aren? " Haziq memetik jari di depan kawan baik alias bos nya itu.

"Ah ya? Apa dia Haziq? " Tanya Aren yang baru tersedar dari lamunan berkat bunyi petikan Haziq

"Pukul 12 tepat nanti kita ada meeting dengan client dari Syarikat Garden dekat Hotel Crystal Moon" Ulang Haziq

"Oh okay, nanti aq suruh Ayah Min untuk ambil Vivy" Balas Aren lalu kembali termenung

"Kau asal? Termenung dari tadi" Haziq duduk di kerusi putih depan meja Aren.

Lelaki itu masih diam merenung dokumen di atas meja. Sesekali terdengar keluhan dari bibir bos hesmesnya.

(Hensem+💲💸💰💳= Hesmes)

"Semalam aq jumpa surat tersorok dekat belakang bingkai gambar family aq " Aren membuka cerita

"Lepas tu? "Tanya Haziq

Aren menarik nafas kemudian menghembuskan dengan berat.Dia memejamkan mata seketika sebelum melanjutkan cerita.

Haziq berkerut keliru.Sepanjang dia kenal Aren,tak pernah lagi dia nampak lelaki tersebut kelihatan sangat berserabut macam ni. Masa dia terpaksa kahwin dan mula ii dapat Vivy dulu takdelah seteruk ni. Apatah lagi masa dia kena belasah dengan Tuan Edward.

Teruk sangat ke masalah tu?

"After 22 years my mother passed away, baru semalam aq tahu yang ibu nak aq tunaikan 1 permintaan dia"

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now