Bab 9

46.4K 5.2K 4.3K
                                    

     "Uncle Levi yang suruh kau datang sini?," tanya Javier kepada Alpha. Mereka elok duduk di meja bulat cafe.

     Alpha tidak menjawab malah hanya memandang ke arah Javier. Itulah jawapannya. Bukan sekadar Levi, tetapi Rayden turut mengarahkannya untuk kembali ke Malaysia. Semuanya kerana Hayden yang mengabarkan mereka tentang keadaan Cayden.

     "Jadi kau tahulah apa dah jadi dekat adik kau?," tanya Javier lagi.

     "Cayden!," jerit Avia dari jauh. Dia berlari-lari anak ke arah meja mereka.

     Mereka semua menoleh ke arah Avia kecuali Alpha yang hanya memandang ke arah air kosong di depannya.

     "Awak... Awak dah sihat...," kata Avia yang sudah berdiri di sebelah Alpha.

     Alpha menoleh ke arah Avia yang sedang bercakap dengannya. Dia cakap dengan aku ke?

     Aaden, Callisto, Javier dan Silver hanya memerhati tanpa kata. Satu sekolah telah tertipu dengan kehadiran Alpha. Hanya mereka berempat sahaja yang sudah lama tahu dia bukanlah Cayden.

     "Rambut awak... Err... Boleh saya jumpa awak kejap?," kata Avia kepada Alpha.

     Alpha tidak menjawab malah terus menoleh ke arah Aaden yang sedang memandang ke arahnya.

     "Pergilah jumpa dia. Dia dah selamatkan you kan haritu," celah Silver sebelum menayang senyuman nipis.

     Alpha menoleh ke arah Silver. Ianya seperti satu arahan tetapi dalam bentuk yang lebih kabur.

     Alpha kemudian menoleh ke arah Avia sebelum dia berdiri dari duduknya. Dia terus melangkah keluar dari cafe. Avia pula hanya mengekor dari belakang.

     Alpha menghentikan langkahnya sebelum dia menoleh ke arah Avia. Apa kau nak?

     "Abah saya beri ni dekat awak sebab dah selamatkan saya... Abah nak ucap terima kasih sangat-sangat... Kalau awak takda malam tu, mungkin saya yang dipukul...," kata Avia perlahan. Dia menghulur sebekas makanan bewarna pink berserta dengan keychain kayu yang tertulis 'terima kasih.'

     Alpha mengerutkan dahinya sebelum menyambut huluran gadis itu. Bekas bewarna merah jambu dan keychain bertukar tangan.

     "Saya minta maaf kalau saya punca awak kena pukul malam tu. Awak berhak marah saya. Saya betul-betul minta maaf," kata Avia lembut.

     Alpha hanya memerhati gadis polos di hadapannya. Dia berasa agak janggal mungkin kerana dia tidak pernah bercakap dengan mana-mana perempuan kecuali ahli keluarganya.

     "Awak marah saya ke?," tanya Avia sambil memandang ke dalam anak mata Alpha. Kenapa dia tak cakap apa-apa? Dia marah aku ke? Huaaaa janganlah marah aku...

     "Tak," jawab Alpha sepatah.

     "Terima kasih! Makanlah tu. Tak boleh simpan lama-lama sebab nanti basi," kata Avia sambil menunjuk ke arah bekas pink yang dipegang oleh Alpha.

     Alpha hanya mendiamkan diri. Mata gadis itu dipandang tanpa perasaan. Dia tak baca name tag aku ke?

     "Yang tu pemberian dari abah, yang ini daripada saya. Saya sayang benda ni, tapi sebab awak dah tolong saya malam tu, jadi saya nak beri pada awak sebagai tanda terima kasih," kata Avia sebelum mengeluarkan keychain teddy bear bewarna pink dari kocek kot sekolahnya. Keychain itu dihulur ke arah Alpha.

     Alpha mengerutkan dahinya. Biar betul budak ni?

     "Awak tak suka ke?," tanya Avia lembut.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now