"Sekarang aku dah faham. So semuanya sebab budak perempuan tulah, kan? Mata kau jadi macam ni, rumah aku kena lelong, korang ponteng kelas menembak, anak aku beli ikan hidup. Semua sebab budak perempuan tu lah kan?," kata Ariq yang elok duduk di sofa rumahnya.
"Yala. Lebih kurang macam tulah uncle," kata Cayden dengan senyuman nakal.
Aaden, Callisto, Javier, Silver dan Alara hanya berdiri tegak sambil memandang ke arah ketua mereka.
"Ferdy. Aku nak ingatkan sikit dekat kau. Kau tu budak lagi. Apa-apa hal aku yang tanggung tau? Kau jangan nak menyusahkan aku," kata Ariq kepada anak sulungnya.
Aaden hanya mendiamkan diri. Langsung tidak menjawab apa-apa.
"Nanti kita pergi klinik, buang parut kau tu," kata Ariq mendatar.
"Taknak," jawab Aaden sepatah.
Callisto, Cayden, Javier, Silver dan Alara terus menoleh ke arah Aaden. Dia nak hidup dengan parut tu? Seriuslah?
"Apa kau cakap?," tanya Ariq tegas.
"Taknak," kata Aaden sekali lagi.
"Haih... Kenapalah aku ada anak macam korang berdua ni. Bala betullah," kata Ariq perlahan.
"Lah? Baru rasa ke?," celah Aryan dengan senyuman lebar terukir di bibir.
"Diamlah. Aku dulu pun tak menyusahkan sampai macam ni," kata Ariq yakin.
"Yakin betul ya?," kata Hayden pula.
"Apa babi? Aku pulak yang kena," kata Ariq mendatar.
"Kita kena balik US ke?," tanya Javier tiba-tiba.
"Hm. Kerja kami kat sini dah selesai. Korang bolehlah prepare untuk balik US. Tak payahlah beri apa-apa harapan dekat budak perempuan tu," kata Jayden mendatar.
"Alaaaa... Apa ni papa?! Lara taknak balik!," kata Alara kuat.
Aaden hanya terdiam mendengarkan itu. Habistu Avia? Siapa nak jaga Avia? Siapa nak tengokkan dia? Kalau dia kena usik lagi macam mana?
"Apa kau ni jimbit? Dulu kau yang beria taknak datang Malaysia, sekarang kau taknak balik pulak? Nak kena cekik ke?," kata Ariq mendatar.
"Kat sini best! Lara suka duduk sini!," kata Alara kuat. Dia menghentakkan kakinya tanda protes.
"Kita balik US sekejap je. Lepastu kita akan duduk Dubai 5 bulan. Nak uruskan company kat sana pula," kata Hayden pula.
"Bosanlah hidup macam ni! Asyik-asyik kena pindah! Sebabtu Lara tak pernah ada kawan!," kata Alara masih kuat. Air matanya sudah mulai bergenang menunggu masa untuk gugur.
Ariq, Aryan, Hayden, Jayden dan Spencer yang mendengar itu terus terdiam.
"Korang berkawan jelah berenam," kata Ariq mendatar.
"Taknak! Lara nak kawan perempuan! Kenapalah Lara lahir dalam family macam ni! Asyik-asyik kerja! Asyik-asyik pindah! Dahlah takda life! Nak kena pergi kelas menembak hari-hari! Kelas taekwando hari-hari! Beli ikan pun salah! Lara nak jadi budak normal!," kata Alara sebelum air matanya mengalir dengan deras. Kaki terus melangkah naik ke tingkat atas.
"Dia period ke?," tanya Ariq kepada Aaden.
Aaden hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.
Callisto, Cayden, Javier dan Silver hanya memerhati Alara yang sudah semakin hilang dari pandangan.
Ariq menghela nafas panjang sebelum meraup wajahnya sendiri. Dia tak tahu agaknya kami dulu masa kecik pun takda life.
YOU ARE READING
The Taste of Revenge [OG]
RomanceUS Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just stay away from me" -Aaden Ferdy Louise Kuasa? Harta? Semua berada di hujung jari sahaja. Abang kepad...