Encik Harris sedang sibuk menggoreng ikan di dapur sementara Avia sibuk memasak nasi. Bahagia hidup mereka dua beranak di rumah baru mereka atau lebih dikenali sebagai, rumah Ariq.
Aaden melangkah masuk ke dapur rumah itu sebelum dia mengambil tempat di kaunter dapur yang luas itu. Mata merenung ke arah Avia.
"Esok Via pergi sekolah tak? Takkan anak abah nak cuti lagi? Dah dua hari Via tak pergi sekolah," kata Encik Harris yang sedang berperang dengan ikan.
"Via takutlah abah," jawab Avia sambil memandang ke arah bapanya.
"Apa yang Via takutkan? Ada apa-apa yang abah perlu tahu ke?," tanya Encik Harris lembut.
"Aaa...," Avia terus menundukkan kepalanya sebelum tiba-tiba tangannya disambar.
Avia menoleh ke arah Alpha yang menarik tangannya supaya keluar dari dapur.
Aaden yang berada di situ hanya memerhati dua makhluk itu keluar dari dapur. Ai? Kau buat aku macam tak wujud je?!
"Cayden...," panggil Avia perlahan.
Alpha menyandarkan Avia ke dinding sebelum dia meletakkan tangannya di kanan dan kiri Avia.
"Aku tak rasa kau patut cerita pada dia," kata Alpha mendatar.
"Cay... Cayden...," jantung Avia berdegup dengan kencang. Dia berada betul-betul di dalam kurungan lelaki berambut putih itu.
"Hm?," tanya Alpha dengan kening yang diangkat sedikit.
"Kenapa... Kenapa awak selalu tukar warna rambut...," kata Avia yang menyedari semalam rambut lelaki itu bewarna coklat perang.
Alpha hanya mengerutkan dahinya.
"Kenapa saya tak boleh cerita dekat abah?," tanya Avia dengan dahi yang berkerut. Bau lelaki itu sungguh wangi sehingga menyucuk ke dalam hidungnya. Sungguh tergoda.
"Kenapa kau perlu buat bapak kau risau?," tanya Alpha mendatar.
"Cay... Can I say something?," tanya Avia perlahan.
Alpha tidak menjawab malah hanya merenung ke dalam anak mata milik Avia.
"I think you should stop treating me like this. Saya taknak terjatuh cinta pada awak," kata Avia jujur. Dia membalas renungan Alpha dengan pandangan sayu.
Alpha yang mendengar itu terus menurunkan tangannya. Kau takut jatuh cinta pada aku?
"Saya perempuan biasa. Yang ada perasaan, yang ada nafsu, yang ada hati. Mungkin saya boleh terjatuh cinta pada awak kalau awak layan saya terlalu baik. Saya takut kalau saya terjatuh cinta pada awak Cayden," jujur Avia lagi.
"Kenapa kau takut untuk jatuh cinta pada aku?," tanya Alpha mendatar.
"Belum masanya lagi untuk saya bercinta, Cayden. Kita masih pelajar sekolah. Banyak lagi yang perlu kita hadapi. Dan mungkin darjat kita terlalu jauh untuk bercinta," kata Avia tenang.
Alpha menoleh sebelum dia menghela nafas panjang.
"Kalau aku kata aku suka kau?," tanya Alpha mendatar.
Avia terdiam seketika. Betul ke apa yang aku dengar ni?
"Apa jawapan kau?," sambung Alpha sebelum dia memandang ke arah Avia semula. Mata bertentang mata.
"Saya... Saya tak tahu nak cakap apa," kata Avia perlahan.
"Takpa, aku faham," kata Alpha sebelum dia terus melangkah pergi dari situ.
YOU ARE READING
The Taste of Revenge [OG]
RomanceUS Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just stay away from me" -Aaden Ferdy Louise Kuasa? Harta? Semua berada di hujung jari sahaja. Abang kepad...