Beberapa tahun yang lalu...
Rayden melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan tangan yang elok mendukung Fellen. Gadis itu hampir mati dengan letupan yang berlaku tetapi Rayden lebih pantas mengalih pandangan dengan menukar gadis itu dengan orang yang kebetulan lalu di hadapan rumah mewah milik keluarga Louise. Akhirnya orang yang tidak bersalah yang mati berkecai di situ tetapi bukanlah Fellen. Ianya berlaku dengan pantas malah Ferris sendiri menyaksikan kakaknya hilang disebalik kereta mewah milik Rayden. Darlene pula hanya menyaksikan gadis tu hampir dilanggar oleh sebuah Audi sebelum dia menutup mata kerana letupan yang berlaku tetapi tiba-tiba dia berada di dalam pelukan Rayden.
Fellen diletakkan di atas sofa sebelum Rayden duduk mencangkung di hadapan gadis kacukan itu.
"Mummy, daddy...," kata Fellen perlahan. Matanya berkaca-kaca menahan air mata dari terus mengalir jatuh ke bumi.
"Sshhh... Daddy is not here. Mummy is not here. Uncle is here," kata Rayden sambil mengusap kepala gadis kecil itu. Cuba untuk memujuk supaya Fellen tidak terus menangis.
"Daddy...," kata Fellen lagi tetapi cukup perlahan.
"Don't cry. You're safe with me now," kata Rayden cukup lembut. Tangan kanannya diletakkan di belakang badan Fellen sebelum dia menarik tangannya semula.
"Chocolate," kata Fellen yang hanya memerhati tangan Rayden kini memegang coklat Kinder Joy sebelum dia menghulur ke arah Fellen.
"I can have it?" tanya Fellen perlahan.
Rayden tidak menjawab malah hanya menganggukkan kepalanya sedikit sebelum mengukir senyum nipis buat si cilik.
"Thank you, uncle," kata Fellen sebelum coklat Kinder Joy bertukar tangan.
Rayden hanya memerhati Fellen yang sudah mula membuka bungkusan coklat itu dengan penuh perhatian. Cantik gadis ini. Sangat cantik.
"Jom. Uncle tunjuk bilik Fellen," kata Rayden sambil menghulurkan tangannya.
Fellen tidak membantah malah terus memegang tangan Rayden sebelum mengekor lelaki kacak itu naik ke tingkat atas rumah banglo mewah itu.
Mereka tiba di hadapan pintu bilik sebelum Rayden membuka pintu bilik itu dengan perlahan. Fellen yang berada di tepi Rayden hanya memerhati seorang gadis yang sedang lena di atas katil bersaiz king.
"She's still sleeping. Let's go to your room," kata Rayden selepas melihat Darlene masih lena di dalam tidurnya.
Selepas Rayden menyelamatkan dua orang gadis itu, Darlene terus tidak sedarkan diri di dalam kereta mungkin kerana terlalu terkejut. Mungkin sebab itu juga dia tidak pernah perasan dengan kehadiran Fellen yang sebenarnya duduk sebumbung dengannya buat beberapa minggu sebelum Darlene pulang ke pangkuan keluarganya.
"This is your room. Stay here until I comeback, okay?" kata Rayden sambil membuka pintu bilik yang lengkap dengan bilik air dan dapur.
"Wahhh... So big," kata Fellen teruja.
"You will stay here starting from today," kata Rayden lembut.
"For how long?" tanya Fellen dengan pelatnya.
Rayden tidak menjawab malah hanya mengukir senyum nipis sebelum mengusap kepala Fellen dengan lembut.
"Forever," bisik Rayden sendiri.
Beberapa minggu kemudian...
Levi menggelengkan kepalanya beberapa kali. Cukup tidak setuju dengan apa yang cuba dilakukan oleh rakan sekerjanya itu.
YOU ARE READING
The Taste of Revenge [OG]
RomanceUS Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just stay away from me" -Aaden Ferdy Louise Kuasa? Harta? Semua berada di hujung jari sahaja. Abang kepad...