Bab 1

133K 6K 5.3K
                                    

"Adik! Bangun! Dah lewat nak pergi sekolah!," jerit Ariq kuat dari luar pintu bilik anak sulungnya, Aaden Ferdy Louise.

Aaden membuka pintu bilik sebelum dia memandang ke arah Ariq yang sedang menari-nari di depan pintu biliknya. Apa kau ni seman? Dah tua-tua pun tak reti fikir mampus ke?

"Eh? Dah siap? Laju betul kau bersiap," kata Ariq sambil memandang ke arah Aaden dari atas hingga ke bawah. Anak lelakinya itu sudah segak memakai uniform sekolah dengan kot sekolah yang disangkut pada bahu.

"Can you stop call me 'adik'? Fer dah besarlah. I'm a big brother," kata Aaden yang membahasa dirinya 'Fer', singkatan dari namanya Ferdy. Jejaka kacak itu sudah berumur 18 tahun dan bakal menamatkan sekolah tinggi pada tahun ini.

"Adik? Who's adik? You are my baby boy!," jerit Erika yang baru muncul di depan pintu bilik Aaden. Dia memeluk Aaden dengan erat sebelum mengucup pipi anak lelakinya berkali-kali.

Aaden hanya mendiamkan diri tanpa sebarang pergerakan. Hanya akur diperlakukan sebegitu. Kadang-kala dia digelar 'abang'. Tetapi kadang-kala dia digelar 'adik' oleh ibu bapanya.

"Hey! Stop it! I'm your favorite girl!," jerit Alara sambil melangkah ke arah Ariq dan Erika.

"Alooo... My baby girl dah siap nak pergi sekolah ya? Alololo," kata Erika sebelum dia mengucup pipi Alara Fairy Louise beberapa kali.

"Hihihi," Alara tersenyum sebelum dia memeluk ibunya.

Aaden dan Ariq hanya memerhati sebelum Aaden terus melangkah mahu turun ke tingkat bawah. Adiknya satu itu memang manja daripada kecil lagi. Menyampah tengok.

Mereka bertiga turut mengekor langkah Aaden sebelum masing-masing mengambil tempat di meja makan.

"It's your first day. Jaga adik elok-elok," kata Ariq kepada Aaden.

"Fer tahulah nak jaga budak ni," kata Aaden sebelum memandang ke arah adiknya, Alara.

"Lara taknak pergi sekolah mama," kata Alara manja. Mukanya dibuat-buat sedih.

"Apa kau ni? Kalau kau tak pergi sekolah, macam mana nak kaya macam mama papa? Kau ingat duit boleh bergolek datang dari lubang kubur ke?," kata Ariq tegas.

"Alah... Mama papa bagi jelah duit banyak-banyak kat Lara, barulah Lara kaya macam mama papa!," kata Alara dengan senyuman lebar.

Aaden hanya mendiamkan diri. Dia sibuk menjamah roti bersama jem strawberi yang disediakan oleh Erika.

"Senang hidup kau? Kau tahu tak papa kerja penat-penat, cari duit banyak-banyak, sebab nak senangkan anak-anak papa? Sampai berpeluh-peluh papa sebab penat cari duit," kata Ariq mendatar. Over.

"Papa penat ke?," tanya Alara manja.

"Penatlah gila. Apa kau ingat papa goyang kaki terus dapat duit ke?," kata Ariq lagi.

"Kesian papa. Takpa! Lepasni Lara belajar elok-elok, kerja bagus-bagus, pastu Lara nak belikan papa rumah besar!," kata Alara bersemangat sekali. Hah.

"Baguslah tu," kata Ariq sebelum menjamah sekeping roti. Rumah besar kepala hotak dia. Aku dah ada berpuluh rumah besar cibai. Simpan jelah rumah besar kau tu.

Aaden hanya memandang Ariq tanpa kata. Kerja penat? Bullshit. Papa ingat Fer tak tahu ke yang papa adalah manusia paling pemalas antara kawan-kawan papa. Semua kerja papa Uncle Hay yang buatkan.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now