Avia melangkah keluar dari tandas restoran sambil membawa sebaldi air sabun bersama sebatang mop. Sudah menjadi tugasnya untuk membersihkan restoran itu selepas restoran mewah itu tutup. Demi RM30 sejam.
"Haih... Penatnya!" kata Avia kuat. Jam sudah menunjukkan pukul 12:45 pagi dan hanya dia sahaja yang masih berada di restorang yang agak luas itu.
Dengan perlahan-lahan, Avia memulakan kerjanya untuk membersihkan lantai restoran.
"Na na na na na~" Avia mengemop lantai sambil bernyanyi riang. Dia mengemop lantai sebelum mengelap kesemua meja makan yang ada di dalam restoran mewah itu.
"Fuh penatnya!" jerit Avia kuat.
Krekk...
Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dapur ditolak dengan perlahan. Avia yang sedang duduk di atas kerusi terus bangun dari duduknya. Mata mengintai kalau-kalau ada orang yang masih berada di restoran.
"Siapa tu?" tanya Avia agak kuat. Mata masih lagi mengintai di pintu dapur.
"Hello?! Ada sesiapa ke?!" tanya Avia kini lebih kuat.
Krekkk...
Kini bunyi pintu stor pula seperti ditolak oleh seseorang. Avia terus menoleh ke ara pintu bilik stor yang berada di hujung restoran.
"Jangan main-mainlah! Aku pandai kungfu tau!" jerit Avia kuat. Tangannya sudah menggenggam batang mop dengan kuat.
Tup! Tap! Tup! Tap!
Lampu di dalam restoran mewa itu mati dan hidup dengan sendiri.
"Dia main lampu pulak dah. Better aku balik sebelum pape jadi," kata Avia sebelum dia ingin melangkah ke arah tandas restoran untuk membuang air kotor dari dalam baldi.
"Aaargghhhhhhh!" satu jeritan yang kuat kedengaran dari arah dapur yang bertutup lampunya.
"AAARRRRGHHHHHH!" Avia yang mendengar suara jeritan itu turut menjerit kerana ketakutan sebelum dia terus terjatuh dan pengsan di atas lantai restoran. Baldi yang dipenuhi air kotor itu tergolek sebelum isinya tumpah ke atas lantai.
Pakkk!
Cayden mengetuk kepala Silver dengan kuat.
"Woi! Pahal kau pukul aku?!" kata Silver agak kuat.
"Yang kau menjerit tadi kenapa?! Sekarang kau tengok, budak ni dah pengsan," kata Cayden sambil mereka semua melangkah keluar dari tempat persembunyian masing-masing.
Aaden dan Callisto melangkah mendekati Avia yang tidak sedarkan diri di atas lantai sebelum mereka berdua menghela nafas panjang. Ai? Kata pandai kungfu? Celah mana kungfu kalau baru sikit dah pengsan?
"Aku terkejut tadi! Ada lipas panjat kaki aku!" jawab Silver kuat.
"Aduh! Budak ni menyusahkan betullah! Tengok ni! Habis air mop bersepah atas lantai!" kata Cayden sambil menunjuk ke arah lantai yang sudah basah.
"Bersepah?" tanya Callisto perlahan.
"Yalah. Habis terabur air ni semua," jawab Cayden dengan confidentnya.
Callisto yang mendengar itu hanya mengerutkan dahi sebelum menggelengkan kepalanya beberapa kali. Apa-apalah Cayden.
"Apa lagi? Bersihkan," arah Aaden kepada anak-anak buahnya.
"Eh hello? Suka hati kau je nak mengarah aku macamtu? Kau fikir kau siapa?" tanya Cayden dengan lagaknya.
Aaden tidak berkata apa malah hanya menjawab soalan lelaki itu menggunakan matanya.
YOU ARE READING
The Taste of Revenge [OG]
Storie d'amoreUS Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just stay away from me" -Aaden Ferdy Louise Kuasa? Harta? Semua berada di hujung jari sahaja. Abang kepad...