Bab 42

25.8K 2.2K 606
                                    

"Kau gila ke syaitan?! Kitorang hantar kau duduk Malaysia untuk korang start jaga company dekat sana! Bukannya suruh korang melalut macam syaitan!" jerit Ariq dari hujung talian.

"Apa benda ko ni pakcik. Takkanlah Din nak tipu kut? Pakcik tak percaya anak pakcik sendiri ke?" tanya Cayden yang berada di depan komputer riba. Selepas Aaden dan Alara pulang ke rumah, mereka terus memberitahu tentang kehadiran Fellen. Tanpa membuang masa, keesokan harinya mereka terus membuat panggilan video bersama kumpulan bapa-bapa.

"Pakcik kau panggil aku?! Eh budak hingusan! Kau jangan sampai aku terbang ke sana! Aku cekik kau nanti! Biar kau...," Ariq terus ditolak dengan kuat sebelum muncul Aryan di depan kamera.

"Aaden ada dekat situ?" tanya Aryan mendatar.

"Ada. Uncle nak cakap dengan dia ke?" tanya Cayden mendatar. Aaden yang sedari tadi duduk di tepi terus mengalihkan komputer riba supaya menghadap ke arahnya.

"Aryan kau panggil uncle pulak?!! Budak ni memang nak kena!" kedengaran jeritan Ariq dari dalam video.

"Kau boleh diam sekejap tak?" kata Aryan mendatar.

"Eh! Eh! Disuruh kita diam pula dah! Kita ni emosi! Ada ke patut budak-budak ni kata Fellen masih hidup?! Diorang ingat ni cerita apa? Vampire ke?! Fellen hidup jadi pontianak! Esok dia balik, dia kekoh korang semua!"

"Aku tumbuk kau karang. Baik kau diam," celah Hayden pula.

"Ohhh?! Kau dah berani nak tumbuk aku sekarang?! Dah pandai melawan ya?! Mentang-mentang anak kau hensem, kau nak berlagak dengan aku?!"

"Diamlah!"

"Ah! Taknak! Aku tak puas hati lagi dengan anak kau tu! Dia panggil aku pakcik?! Siot betul aku punyalah hensem macam ni tapi dipanggil pakcik?! Mentang-mentang dah duduk Malaysia, habis semua korang nak Melayukan. Uncle jadi pakcik, lepasni apa pula? Fish jadi ikan?!"

"Tapi memang fish tu ikan," celah Spencer pula.

"Ohh. Sekarang kau nak melawan aku pulak?" kata Ariq kuat. Aryan hanya menongkat dagunya dengan mata yang dikecilkan sedikit. haih susah betul. Dah tua pun bangangnya masih tidak berkurang.

"Tak habis lagi ke?" tanya Aaden yang berada di depan kamera. Dia turut menongkat dagunya. Callisto yang berada di sebelahnya hanya mendengar perbalahan di antara pakcik-pakciknya itu.

"Macam ni lah, malam ni kami akan fly ke Malaysia. Apa-apa kita akan bincang dekat sana. Kalau boleh aku nak tengok Fellen tu depan mata aku sendiri," kata Aryan mendatar.

"Yeay! Balik Malaysia!" kedengaran suara Spencer menjerit di belakang.

"Yeay! Nak ikut!" jeritan Ariq pula.

"Tak payah. Kau tinggal dekat sini," kata Aryan mendatar.

"APAHAL PULAK?!!!"

"Eh! Tadi kau yang beria kata diorang menipu! Habistu buat apa kau nak ikut?! DUDUK SINI DIAM-DIAM!" suara Aryan memenuhi ruang tamu rumah mereka.

"AH! TAKNAK!"

"Errr...," Aaden, Callisto, Cayden, Javier dan Silver hanya memerhati skrin komputer riba itu sebelum Callisto terus menekan punat merah untuk mematikan panggilan.

"Good job," kata Javier mendatar.

"Hi, maaf mengganggu," celah satu suara dari arah tangga. Mereka semua terus menoleh ke arah Avia yang baru turun dari tingkat atas.

"Bala sampai dah," kata Cayden perlahan.

Pakkk!

Aaden memukul kepala Cayden dengan kuat.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now