"Aaaarrrggghhhhh Caycay!" jerit Silver dari jauh. Aaden, Callisto, Alpha, Javier turut berjalan beriringan dengan mata masing-masing memandang ke arah Cayden dan Avia yang sedang melangkah ke arah mereka.
"Yo," kata Cayden sebelum dia bersalaman dengan Aaden dan Callisto. Dia kemudian melangkah ke arah Silver dan Javier.
"Arghhhhhhh!" jerit mereka bertiga sebelum memegang tangan masing-masing dan melompat-lompat seperti monyet.
Aaden, Callisto, Alpha dan Avia hanya memerhati tanpa kata. Erk?
"Mana Lara?" tanya Avia kepada Aaden.
"Dia tak dapat datang sebab ada kerja sikit," jawab Aaden mendatar. Dia hanya merenung Avia yang sudah berbulan tidak dijumpainya itu. Rindu. Tapi kau bukan milik aku.
"Aku ada beli game baru! Kau kena try mat! Seronok gila!" kata Silver kepada Cayden.
"Fuh! Kau memang tak pernah kecewakan aku," kata Cayden sambil menepuk-nepuk bahu Silver.
Avia tersenyum melihat Cayden yang sudah berubah menjadi kanak-kanak riang itu sebelum dia menoleh ke arah seorang jejaka tua yang sedang berdiri di belakang tiang lapangan terbang. Avia terus mengerutkan dahinya. Kenapa pakcik ni ada dekat sini? Dia ikut kitorang ke?
"Okay ke duduk dekat sana?" tanya Aaden sebelum Avia terus menoleh ke arah Aaden. Avia menoleh semula ke belakang tiang tadi tetapi jejaka kacak yang tua itu sudah tiada di situ.
"Ha?" tanya Avia sambil mengangkat keningnya.
Callisto menoleh ke arah tiang yang Avia tenung sedari tadi tetapi tiada siapa di situ.
"Kau tu. Okay ke duduk kat sana dengan mamat ni?" tanya Aaden mendatar.
"Okay je. Hari-hari Cay ambik saya lepas habis kelas. Saya rasa macam menyusahkan dia pula," kata Avia lembut.
"Takpalah. Bukannya selalu dia hidup susah. Lagipun kau dah nak habis belajar tak lama lagi," kata Aaden tanpa reaksi muka.
"Dia ada sakitkan hati kau tak?" sambung Aaden sebelum dia menoleh ke arah berlainan.
"Ha? Errr... Takda pun. Saya bahagia dekat sana. Jangan risau!" kata Avia sebelum tersenyum lebar.
Alpha dan Callisto hanya mendengar tanpa kata.
"Baguslah," kata Aaden sebelum dia terus melangkah meninggalkan mereka di situ.
"Jom," kata Javier sebelum mereka semua turut mengekor langkah Aaden.
Mereka melangkah masuk ke dalam rumah sebelum Callisto dan Aaden membawa masuk bagasi milik Cayden dan Avia.
"Yeay! Tak sabar nak makan air tangan Avia! Rindunya!" kata Silver kuat.
"Air tangan Avia je? Air kaki aku taknak ke?" tanya Cayden mendatar.
"Taknak. Ucuk," kata Silver sambil menutup hidungnya menggunakan dua jari.
"Ucuk hotak kau," kata Cayden sebelum dia mengetuk kepala Silver dengan kuat.
"Huargh! Sakitlah! Din kau tengok Caycay ni! Dia pukul aku!" kata Silver sambil menunjuk ke arah Cayden.
"Pastu?" kata Aaden sepatah.
"Ish! Menyampah!" Silver terus melangkah ke sofa ruang tamu.
"Nanti saya masak ya? Tapi harini saya nak pergi melawat abah dulu dekat hospital," kata Avia lembut.
"Kenapa dengan abah kau?" tanya Aaden mendatar.
YOU ARE READING
The Taste of Revenge [OG]
RomansaUS Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just stay away from me" -Aaden Ferdy Louise Kuasa? Harta? Semua berada di hujung jari sahaja. Abang kepad...