Bab 17

40.7K 4.4K 2.3K
                                    

     "Hi!," sapa Avia yang baru masuk ke dalam bilik rehat sekolahnya. Bilik rehat itu adalah tempat utama pelajar sekolah itu untuk berehat dan melepak. Mungkin kerana ada pelbagai kemudahan yang berada di bilik itu seperti televisyen, komputer, mini bar, dan sebagainya lagi.

     Alpha menoleh ke arah Avia yang sudah berdiri di sebelahnya.

     "Sorang jeke? Mana yang lain?," tanya Avia sambil mengambil tempat di sebelah Alpha. Komputer yang berada di hadapannya terus dihidupkan untuk bermain game.

     "Hm," jawab Alpha perlahan. Dia hanya memerhati Avia yang sedang membelek komputer yang berada di meja hadapannya itu.

     "Awak tengah study ke?," tanya Avia sambil menoleh ke arah komputer riba yang berada di atas meja hadapan Alpha.

     "Hm," jawab Alpha lagi.

     "Thanks tau pasal semalam. Saya tak tahu kenapa Ferdy marah sangat dekat saya sampai macam tu sekali," kata Avia lembut.

     "Saya tak tahu saya buat salah apa dekat dia," sambung Avia lagi. Jarinya sibuk bermain permainan komputer tanpa menoleh ke arah Alpha.

Alpha yang mendengar itu hanya memerhati tangan gadis itu yang sedang menekan-nekan papan kekunci.

     "Ferdy tu memang macam tu ke? Ke dengan saya je dia macam tu?," tanya Avia perlahan. Mata masih ditumpukan ke arah skrin komputer.

Alpha tidak menjawab malah hanya mendiamkan diri.

     "Ala! Kalah lagi!," kata Avia kuat dengan dahi yang berkerut.

Alpha terus menoleh ke arah skrin komputer Avia.

     "Kalini kalau saya kalah lagi, saya dah taknak main game ni lagi!," kata Avia sebelum menyambung permainannya.

     "Tolonglah jangan kalah... Tolonglah... Nak menang!," kata Avia bersungguh.

Alpha masih lagi memerhati tanpa kata.

     "Agak-agak kalau Ferdy tu ada girlfriend ke?," tanya Avia tiba-tiba.

Alpha yang mendengar itu terus menoleh ke arah Avia yang sedang fokus dengan permainan komputernya.

     "Alah! Kalah lagi! Saya memang takda bakat la!," kata Avia sebelum dia kebelakangkan kerusinya untuk menjarakkan dirinya dari meja komputer itu.

     "Meh sini," kata Alpha sebelum dia mendekatkan kerusinya ke arah meja komputer di hadapan Avia.

Avia hanya terdiam selepas Alpha mendekatkan dirinya dengan meja yang berada tidak jauh darinya. Jarak antara diorang kini hanya beberapa inci.

Alpha menekan-nekan papan kekunci sebelum skrin komputer menjadi hitam dan penuh dengan tulisan hijau dalam bahasa yang tidak difahami.

     "Awak buat apa?," tanya Avia perlahan. Dengan jarak mereka yang hanya beberapa inci, dia dapat menghidu bau lelaki itu. Sangat wangi. Sesiapa sahaja yang terhidu bau lelaki itu pasti akan tergoda.

Avia hanya mengerutkan dahi melihat skrin komputer dengan bahasa yang tidak difahami. Apa dia buat?

     "Nah. Cuba main," kata Alpha sebelum dia menjarakkan dirinya dengan Avia. Skrin komputer bertukar menjadi sediakala semula.

     "Err... Awak buat apa?," tanya Avia keliru.

Alpha menunjukkan isyarat tangan ke arah komputer di hadapan Avia supaya Avia teruskan bermain permainan komputer itu.

     "Okay," kata Avia sepatah. Dia kemudian terus bermain permainan komputer dengan bersungguhnya.

Alpha pula hanya memerhati gadis itu. Untung jadi normal, hidup hanya bermain game tanpa perlu belajar sistem apa-apa.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now