Bab 49

30.4K 2.2K 1K
                                    

     Avia melangkah keluar dari kedai dengan tangan yang elok memegang plastik berisi ayam mentah.

     Pakkk!

Avia tiba-tiba dilempang dengan kuat sehingga gadis itu terjatuh ke atas lantai. Plastik ayamnya tercampak lima kaki jauh daripadanya.

"Aku dah kata jangan muncul depan muka aku lagi! Kau tak faham ke Avia! Kau buat apa lagi dekat sini!" jerit Puan Lina kuat.

Avia hanya menghela nafas panjang. Apa lagilah orang tua ni tak puas hati dengan aku.

"Via rasa ibu ni ada masalah hatilah. Hebat kan saya? Saya tak buat apa-apa pun dah mampu buat ibu mental sampai macam ni. Tak sangka anak abah ni hebat jugak," kata Avia dengan nada kiasan.

"Kau ni kan! Kau memang sengaja nak uji kesabaran aku kan?"

"Buat apa Via nak uji kalau benda tu takda pun pada ibu?" potong Avia laju.

"Kau memang kurang ajar. Kau berlagak depan aku mentang-mentang kondo ni jantan kau punya. Kau nak tunjuk lagak dengan aku kan? Menyesal aku tak gugurkan kau dulu!" kata Puan Lina lagi.

"Apa-apa jelah ibu. Via dah penat nak layan ibu. Ibu ni macam orang gila pun ada. Via nak naik atas, ada banyak perut Via nak kena isi," kata Avia sebelum dia bangun dari duduknya. Dia melangkah ke arah plastik ayamnya sebelum Puan Lina terlebih dahulu menyepak plastik yang berisi ayam itu.

"Ibu! Itu makanan! Ibu ni takda otak ke nak sepak rezeki macam tu?!" kata Avia kuat.

"Kau nak sangat kan? Kau nak sangat rezeki kau ni kan? Haa pergi ambik!" kata Puan Lina sebelum mencapai plastik ayam itu dah dibaling dengan kuat.

"Ibu!!!!!"

Plastik ayam itu mendarat betul-betul di hadapan kaki seorang lelaki yang sedang elok memerhati mereka sedari tadi. Avia menoleh ke arah plastik ayam itu sebelum dia menoleh ke arah lelaki yang sedang berdiri dan memandang ke arahnya.

"Maaf... Maaf... Ibu saya ni anak syurga," kata Avia sambil berlari-lari ayam ke arah lelaki itu. Plastik ayam itu dicapai sebelum dengan pantas lelaki itu memegang tangan Avia.

"Hah! Errr... Maaf... Tapi ni ayam saya," kata Avia sebelum dia mendongak ke arah lelaki yang memakai hoodie itu.

"Eh?" tegur Avia selepas mengecam wajah lelaki itu.

Rayden membuka hoodie yang menutup kepalanya sebelum dia tersenyum ke arah Avia. Dia kemudian terus merampas plastik ayam itu sebelum melangkah ke arah Puan Lina.

"Errr... Uncle? Jap... Dia ni uncle yang mana satu eh? Uncle Hayden ke? Uncle Jayden ke? Ke uncle Rayden? Alamak!!! Aku tak tahu bezakan diorang!" kata Avia sendiri. Hanya dia sahaja yang dapat mendengar suaranya itu.

"Kau ni siapa?!" tanya Puan Lina selepas menyedari lelaki itu sedang melangkah ke arahnya dengan tangan yang memegang plastik berisi ayam mentah.

"Aku siapa?" tanya Rayden sebelum dia terus memegang leher Puan Lina dengan kuat.

"Erghhh... Lepas!" kata Puan Lina sambil memegang tangan Rayden yang sedang mencekik lehernya.

Rayden kemudian menarik Puan Lina sebelum dia merapatkan bibirnya ke telinga wanita itu.

"Uncle? Uncle buat apa?" tanya Avia perlahan.

"Seronok malukan orang dekat public?" bisik Rayden di telinga Puan Lina.

"Erghhhh! Lepaslah! Lepaslah bodoh!"

Rayden tersenyum sinis sebelum dia menjilat telinga Puan Lina menggunakan lidahnya yang panjang.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now