Bab 64

25.3K 2.2K 671
                                    

     Airis terus menghentikan motornya selepas dia ditahan oleh sebuah Lamborghini Urus bewarna putih. Kereta mewah itu berhenti betul-betul di hadapan motor Honda EX5 miliknya.

Aaden melangkah keluar dari kereta sebelum dia terus menoleh ke arah Airis yang masih kaku di atas motornya.

"Mana kereta yang aku beli?" tanya Aaden mendatar.

"Errr... Awak buat apa dekat sini?" Airis cuba untuk mengubah topik perbualan.

"Mana kereta yang aku beli, Airis?" tanya Aaden tetapi kedengaran lebih tegas.

"Ada dekat rumah. Saya nak pergi kedai jelah. Takkan nak pergi kedai pun kena bawak kereta tu?" kata Airis mendatar.

"Siapa dia ni? Awek kau ke?" tanya Cayden yang baru sahaja melangkah keluar dari kereta.

Airis terus menoleh ke arah Cayden yang baru keluar dari kereta. Jejaka kacak berambut putih itu elok meletakkan kedua belah tangannya di dalam poket seluar.

"Mungkin," jawab Aaden sepatah.

Airis menoleh ke arah pintu kereta Aaden selepas pintu tempat duduk penumpang terbuka dari dalam. Muncullah lagi tiga orang jejaka yang berambut coklat keperangan.

"Wow. Not bad," kata Javier dengan senyuman nakalnya.

"Bukan biasa-biasa taste Din kita ni. Minat perempuan yang pakai helmet rupanya," kata Silver pula.

Callisto hanya mendiamkan diri sambil melipat tangannya dan bersandar pada kereta.

"Errr... Saya pergi dulu. Jumpa nanti," kata Airis sebelum dia terus memulas minyak untuk berlalu dari situ. Malu apabila ditenung lima orang jejaka kacak seperti itu.

Aaden hanya menghela nafas panjang sambil memerhati Airis yang sudah semakin jauh dari pandangan.

"Sejak bila kau dengan minah tu?" tanya Cayden mendatar.

"Entah. Jomlah," kata Aaden sebelum dia melangkah masuk ke dalam kereta semula.

Mereka berempat turut melangkah masuk ke dalam kereta.

"Kalau tahu kau nak bercinta dengan dia, lebih baik kau bercinta dari zaman sekolah lagi. Mesti korang dah kahwin dah sekarang. Takdalah sibuk nak rampas merampas awek orang," kata Silver yang berada di tempat duduk tengah.

"Zaman sekolah?" tanya Aaden, Cayden dan Javier serentak.

"Ha'ah. Korang tak kenal ke budak tu? Kan dulu dia sama sekolah dengan kita," kata Silver mendatar.

"Aik? Macam mana kau boleh ingat?" tanya Cayden yang berada di tempat duduk penumpang sebelah pemandu.

"Sebab mata dia macam aunty Avrin. So aku ingatlah dia. Tapi dia sama umur dengan Caycay dengan Kalis," jawab Silver sebelum menunjuk ke arah Cayden dan Callisto.

"Kau ni biar betul? Pahal aku tak pernah ingat pun dia?" kata Cayden dengan dahi yang berkerut.

"Sebab korang tak sama kelas pun. Kau kelas 1, dia kelas 2," jawab Silver sebelum dia melipat tangannya ke dada.

Aaden yang mendengar itu hanya memulakan pemanduannya tanpa sepatah kata.

"Maknanya?" Javier pula mengerutkan dahinya.

"Maknanya perempuan tu kaya. Bukannya murah yuran sekolah kita, beratus ribu kut. Tapi aku tak faham kenapa dia bawak motor cabuk tu," kata Silver dengan bahu yang diangkat sedikit.

Callisto yang mendengar itu hanya tersenyum sinis. Aku dah agak.

"Mungkin dia takut nak mengaku yang dia kaya sebab dia suka dekat Din. Maklumlah, Din kan suka perempuan-perempuan yang takda duit. Dulu dia suka Avia, tapi lepas tahu Avia ada mak kaya, Din terus berubah hati," celah Javier.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now