Bab 54

27.4K 2.4K 1.6K
                                    

"Hati-hati sikit jalan tu," kata Alara sambil mengangkat beg berisi pakaian Avia. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah selepas Avia mendapat keizinan daripada doktor untuk pulang.

"Alah! Saya kan kuat! Don't worry!" kata Avia yang menggunakan tongkat untuk membantunya berjalan. Disebabkan kemalangan minggu lepas, pergelangan kakinya patah tetapi sudah pun dirawat di hospital. Kini dia hanya menunggu masa untuk sembuh sepenuhnya sahaja.

Silver menutup pintu rumah sebelum dia turut melangkah masuk ke dalam rumah. Tangannya elok memegang semua bunga yang telah Avia dapat semasa dia ditahan di hospital.

"Nak letak mana ni?" tanya Silver mendatar.

"Buat sementara waktu ni, Via tinggal kat bilik tingkat bawah dulu. Nanti dah sihat baru pindah tingkat atas tau," kata Alara sambil melangkah masuk ke ruang tamu.

"Letak jelah atas meja tu dulu," kata Avia sebelum dia mengambil tempat di sofa ruang tamu.

"Eeeee seronoknya! Lepasni dah boleh makan sedap sebab Via dah balik rumah!" kata Silver kuat.

"Apa bising-bising ni?" tanya satu suara dari arah tangga. Avia menoleh ke arah Javier yang sedang melangkah turun ke tingkat bawah.

"Eh? Via? Dah sampai pun. Ada nampak Din tak? Cayden dan Aaden? Diorang ada datang hospital tak tadi?" tanya Javier sambil melangkah ke sofa.

Avia hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Selepas dia meluahkan perasaan pada Cayden empat hari yang lepas, lelaki itu langsung tidak datang menjenguknya di hospital.

     "Korang bergaduh ke?" tanya Alara yang menyedari tentang kedinginan Cayden itu. Selalunya lelaki itu akan datang menjenguknya setiap hari, tetapi sudah tiga hari lelaki itu tidak munculkan diri. Samalah juga dengan abangnya si Aaden.

     "Saya rasa saya nak pindah keluar. Saya nak duduk dengan abah," kata Avia perlahan.

     "Kenapa? Maknanya betullah kau gaduh dengan diorang kan?" kata Alara sambil mengambil tempat di sebelah Avia.

     "Takpalah. Korang dah banyak tolong saya. Saya happy sangat dapat duduk dengan korang. Hidup saya tak pernah rasa sebahagia ni. Tapi sekarang semuanya dah berubah. Mungkin saya dah tak dapat nak rasa happy macam dulu," kata Avia sambil menunduk. Mula-mula dia hilang Aaden, sekarang dia sudah hilang Cayden.

     "Kau betul-betul nak pindah keluar ke?" tanya Silver mendatar.

     "Hm. Saya nak suruh abah ambik saya petang nanti. Boleh?" jawab Avia lembut.

     "Nanti aku tanya Din," kata Javier mendatar.

     "Eh! Janganlah beritahu dia. Takpalah kalau dia tak tahu yang saya pindah keluar. Saya taknak menyusahkan sesiapa. Ni rahsia antara kita je, boleh?" kata Avia perlahan.

     "Kau nak pindah ke mana?" tanya satu suara garau dari arah pintu utama. Mereka semua terus menoleh ke arah si pemilik suara.

     "Cay—Cayden...," bisik Avia perlahan. Lelaki berambut putih itu ditenung lama. Lelaki itu nampak kusut berbanding hari terakhir mereka berjumpa.

     "Aku tanya kau nak pindah ke mana?" tanya Cayden sebelum dia mencampak beg kerjanya ke atas sofa berhadapan Avia.

     "Saya... Saya nak balik rumah abah," kata Avia perlahan.

     "Untuk apa? Bapak kau tak tahu yang kaki kau patah. Sekarang kau tiba-tiba nak balik rumah bapak kau? Memang sengaja nak bagi kami nampak buruk di mata bapak kau ke? Macam kami ni tak pandai jaga kau? Macam tu ke?" kata Cayden dingin.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now