Avia hanya merenung ke arah gaun pengantin bewarna putih yang tergantung di almari di dalam bilik hotel lima bintang itu. Perkahwinannya pada hari ini berlangsung di Lavish Louise's Hotel yang dimiliki penuh oleh keluarga Aryan dan Ariq. Keluarga itulah yang sudah menaja semua perbelanjaan perkahwinannya pada hari ini.
Avia kemudian menoleh ke arah baju kurung bewarna putih yang tergantung di sebelah gaun pengantin miliknya. Dia akan menikah pada pukul 2 petang manakala akan bersanding pada pukul 8 malam pada hari yang sama.
"Hidup hanya sekali. Sekarang hidup aku yang sekali tu pun dah sia-sia," bisik Avia perlahan. Dia hanya menundukkan kepalanya sebelum dia menoleh ke arah Alara yang sedang bersiap di meja solek.
"Cepat! Kau kena makeup! Kita dah lewat ni!" kata Alara sebelum dia membantu Avia untuk melangkah ke kerusi yang disediakan di dalam bilik itu.
"Lara...," panggil Avia perlahan.
"Kenapa?" tanya Alara sambil membetulkan rambut Avia.
"Saya ada benda nak jujur," kata Avia perlahan.
"Hah apa dia pulak kau nak jujur ni? Cepat sikit. Kejap lagi makeup artist kau sampai," kata Alara mendatar.
"Saya tak cintakan Ferdy," kata Avia ringkas dan padat.
Alara yang mendengar itu terus tergamam sebelum dia terus berdiri di hadapan Avia.
"Kau biar betik?! Lagi dua jam kau nak nikah, sekarang baru kau cakap kau tak cintakan abang aku?! Kau dah gila ke, Avia?!" kata Alara kuat.
"Shhhhh! Janganlah cakap kuat-kuat. Saya takut Ferdy marah kalau dia tahu saya beritahu awak pasal ni," kata Avia sambil menutup mulut Alara. Alara menolak tangan Avia dengan lembut sebelum dia mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri.
"Weh Avia. Kau ingat perkahwinan ni mainan ke? Kau akan hidup dengan abang aku seumur hidup kau tau. Kau tak kesian ke dekat abang aku?" kata Alara dengan dahi yang berkerut.
"Sepatutnya Ferdy yang perlu kesiankan saya. Dia yang masih nak teruskan perkahwinan ni walaupun dia sendiri mengaku yang dia pun tak cintakan saya. Saya nak batalkan semuanya, tapi Ferdy taknak," kata Avia sambil menunduk.
"Sumpah ah?! Siot abang aku ni. Memang nak kena dia ni! Aku mengadu dekat papa!" kata Alara sebelum dia menoleh untuk melangkah keluar dari bilik.
"Lara! Jangan beritahu sesiapa. Please... Saya taknak Ferdy marahkan saya," kata Avia sambil memegang tangan Alara.
"Bahagia ke hidup kau kalau kau kahwin dengan orang yang kau tak cinta? Kau tak rasa hidup kau ni sia-sia ke? Hidup sebumbung, tidur sebantal, tapi hakikatnya hati tak cinta. Kau seriuslah sanggup hidup terseksa macam ni?" tanya Alara dengan wajah yang serius.
"Saya dah takda pilihan lain. Saya dapat tengok orang yang saya cinta depan mata pun saya dah cukup bahagia," kata Avia sebelum dia tersenyum nipis.
"Hah? Siapa pulak yang kau cinta?" tanya Alara dengan kening yang dinaikkan sedikit.
"Kalau saya beritahu ni, awak jangan beritahu sesiapa tau! Janji?"
"Cakap sekarang sebelum aku sumbat mulut kau dengan penumbuk aku," kata Alara sambil menunjuk penumbuknya.
"Iya! Iya! Nak cakaplah ni!" kata Avia sambil mengangkat kedua belah tangannya.
"Haa siapa?"
"Cayden. Saya suka Cayden. Saya sayang Cayden. Saya cintakan Cayden," kata Avia sambil menunduk.
YOU ARE READING
The Taste of Revenge [OG]
RomanceUS Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just stay away from me" -Aaden Ferdy Louise Kuasa? Harta? Semua berada di hujung jari sahaja. Abang kepad...