Bab 19

42.9K 4.2K 2.2K
                                    

"Awak nak makan apa? Biar saya belanja awak," kata Avia kepada Alpha. Mereka berdua baru sahaja pulang dari sekolah dan Avia terus mengajak jejaka berambut putih itu untuk menemaninya makan.

Alpha hanya menggelengkan kepalanya sedikit. Kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluar. Matanya menoleh ke arah papan skrin menu yang berada di atas kepala mereka.

"Awak taknak makan ke? Burger kat sini sedap tau! Saya jarang makan McD ni. Sebab abah kata makanan kat sini mahal. Jadi saya jarang datang sini," kata Avia sambil meneliti menu yang ada.

Alpha hanya menoleh ke arah gadis itu sebelum dia menoleh semula ke arah papan skrin menu. Mahal?

"Mesti awak tak rasa macam mahal pun kan? Yalah, sebab awak kan kaya," kata Avia sebelum menoleh ke arah Alpha.

Alpha turut menoleh ke arah Avia sebelum dia menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

"Saya tahu awak kaya. Haritu awak bawa kereta lain, pastu haritu awak bawa kereta lain, and then harini awak bawa kereta lain," kata Avia sebelum menunjuk ke arah Tesla Roadster yang elok terparkir di luar restoran.

Alpha tidak menjawab malah hanya menunjuk ke arah papan skrin menu supaya gadis itu cepat membuat keputusan untuk memesan makanan.

"Alpha," panggil satu suara dari arah belakang Alpha dan Avia.

Alpha terus menoleh tetapi Avia masih lagi sibuk membaca menu yang ada.

Alara elok berdiri di sebelah Aaden dengan tangan yang memegang anak patung arnabnya, bunny. Mereka berdua juga masih memakai baju sekolah mereka. Tujuan mereka berdua ke situ hanya kerana Alara ingin membeli happy meal untuk mengumpul mainannya.

"Abang buat apa dekat sini?," tanya Alara sambil memandang ke arah Alpha dan Avia silih berganti.

"Wait, is that?," tanya Alara yang masih belum dapat mengecam gadis itu dari belakang.

Avia menoleh ke belakang sebelum dia memandang ke arah Aaden dan Alara. Aaden hanya merenung ke arah Alpha tanpa kata.

"Korang date ke?," tanya Alara dengan kening yang berkerut.

Alpha dan Avia hanya mendiamkan diri. Avia menoleh ke arah Alpha. Apa saya nak buat?

"Luck betul kan hidup kau?," perli Alara sebelum dia menarik lengan Avia dengan kuat dan direntap dengan kasar.

"Aduh...," kata Avia perlahan.

"Tepilah!," kata Alara sebelum menolak Avia dengan kuat sehingga gadis itu tersungkur di atas lantai restoran. Avia menoleh ke arah Alpha yang langsung tidak melindungi dirinya.

Aaden dan Alpha hanya memerhati tanpa sebarang tindakan.

Alara terus menarik lengan Alpha untuk keluar dari restoran. Alpha pula hanya mendiamkan diri dan akur. Dia kenal gadis itu. Perangainya dari kecil pun dia sudah kenal.

Avia mengerutkan dahinya sebelum dia menoleh ke arah Aaden. Perlahan-lahan dia bangun dari duduknya.

"Kenapa dia tiba-tiba marah dekat saya? Kenapa korang dua beradik ni selalu emosi tak bertempat?," tanya Avia yang sedang menahan sebak.

Aaden hanya memerhati tanpa kata. Siapa suruh rapat dengan Alpha.

"Kau nak makan ke?," tanya Aaden tanpa perasaan.

"Nak balik," kata Avia sebelum dia terus melangkah untuk meninggalkan lelaki itu di situ.

"Makanlah dulu. Nanti aku hantar kau balik," kata Aaden mendatar. Tangannya sempat menarik beg sekolah yang digalas oleh Avia.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now