Bab 33

39.5K 3.9K 675
                                    

     Avia cuba mendail nombor keluarga anak-anak jutawan itu tetapi satu pun tidak dapat disambung. Nombor yang didail seperti sudah tidak wujud. Kemana diorang pergi? Kenapa tak datang sekolah? Kenapa call tak dapat? Kenapa hilang begitu sahaja? Kenapa, kenapa, kenapa? 

     "Sorang je?," tanya satu suara garau dari arah belakang Avia. Dengan pantas Avia menoleh ke arah si pemilik suara.

     "Hm. Buat apa kat sini?," tanya Avia kepada jejaka Melayu kacak di hadapannya itu. Crush lama rawr.

"Aku ternampak kau sorang-sorang kat sini tadi. Aku sajalah nak singgah tanya khabar," kata Putera Hans mendatar. Dia mengambil tempat di bangku yang diduduk oleh Avia di tepi padang sekolah.

     "Okaylah. Saya nak balik dulu," kata Avia sebelum berdiri dari duduknya. Tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa.

     "Jom, aku hantar kau balik," kata Hans yang turut berdiri dari duduknya.

Avia yang mendengar itu terus menoleh ke arah lelaki yang tinggi lampai itu.

     "Aik? Kenapa awak tiba-tiba nak hantar saya balik?," tanya Avia pelik. Kening dikerutkan seribu. Tak pernah-pernah mamat ni nak hantar aku balik, tiba-tiba je. Dah kenapa?

     "Kau dah takda kawan-kawan mat saleh kau tu, kan? So biarlah aku hantar kau balik. Tak jadi masalah pun kan?"

     "Macam mana awak tahu diorang dah takda?," tanya Avia masih pelik.

     "Kau lupa ke aku ni classmate Ferdy?," soalan dibalas soalan.

     "Dia ada bagitahu apa-apa ke?," tanya Avia lagi.

     "Takda. Cikgu cakap diorang dah pindah and maybe takkan kembali kat sini semula," jawab Hans jujur.

     "Peliklah. Kenapa diorang tak cakap kat saya apa-apa. Sampai hati diorang hilang macamtu je dari saya," kata Avia perlahan.

     "Dah, jom aku hantar kau balik"

     "Taknak. Saya boleh balik sendiri," kata Avia sebelum dia terus menoleh untuk melangkah pergi.

     "Aku kata aku hantar. Tak dengar ke?," kata Hans tetapi dengan nada yang lebih tegas.

Mendengarkan itu, Avia terus menghentikan langkahnya sebelum dia hanya akur.

     Bang! Bang!

     Dua das tembakan dilepaskan tepat mengena kepala papan kayu yang terletak di hujung padang. Callisto menurunkan tangan yang elok memegang selaras pistol sebelum memandang ke arah gurunya.

Hayden menganggukkan kepalanya sedikit ke arah Callisto sebelum menoleh ke arah Aaden pula.

     "Ferdy, you're next," kata Hayden mendatar.

Aaden mencapai selaras pistol dari meja yang penuh dengan senjata api sebelum dia melangkah ke hadapan.

     Tangan diangkat sehingga ke paras bahu. Mata mengenal pasti sasaran. Pemicu ditarik.

     Bang! Bang!

     Aaden menghela nafas panjang sebelum menundukkan kepalanya sedikit. Tangannya perlahan-lahan diturunkan.

Hayden, Callisto, Cayden, Javier, Silver dan Alara hanya memerhati tanpa kata.

     "Apa yang kau tengah fikir?," tanya Hayden mendatar.

     "Sorry," kata Aaden sepatah.

     "Fikiran kau mudah terganggu. Itu kelemahan kau yang aku nampak," kata Hayden sebelum dia melangkah ke arah meja yang berada di situ. Tangan mencapai dua laras pistol bewarna hitam sebelum peluru dimasukkan ke dalam kedua-dua pistol.

     Aaden hanya mendiamkan diri tanpa kata. Dia sendiri sedar fikirannya sedang terganggu. Matanya menoleh ke arah papan yang baru ditembaknya tadi. Langsung tidak mengena papan malah hanya lalu di tepi papan sahaja.

     Hayden melangkah ke depan Aaden sebelum dia mengangkat kedua belah tangannya yang elok memegang dua laras pistol.

     Bang! Bang! Bang! Bang!

Keempat-empat peluru mengena tepat di kepala kayu berbentuk manusia di hujung padang.

     "Kau bakal ketua kumpulan ni tau, kau kena sedar tu," kata Hayden sebelum dia menurunkan tangannya.

     "Apa yang kau fikir?," sambung Hayden lagi.

     "Teringat dekat kekasih hati letuw," celah Cayden dengan senyuman penuh makna.

Aaden yang mendengar itu hanya terdiam. Aku? Teringat dekat kekasih?

     "Ish kau ni! Sibuk jelah!," kata Silver sambil memukul bahu Cayden.

     "Apa? Betullah apa aku cakap, kan? Kau pun rasa benda yang sama, kan?" kata Cayden dengan kening yang dikerutkan.

     "Memanglah aku rasa benda yang sama. Tapi aku taknaklah cakap. Nanti Din marah, haa mulalah," kata Silver dengan kening yang diangkat sedikit.

     "Pastu kalau Din marah kenapa? Dia berani ke pukul aku? Bapak aku ada kat sini tau huhuhu," kata Cayden dengan lagaknya. Mentang-mentanglah bapanya yang banyak mengajar mereka menembak apabila di negara asal mereka.

     "Makin lama korang akan jadi makin dewasa. Buat masa sekarang korang tak pernah lagi bertempur. Pertempuran yang mampu meragut nyawa. Tetapi tak lama lagi korang akan rasa semuanya sendiri," celah Hayden dengan nada yang tegas.

     "Yalaaaaaaaaaaaaaa," kata Cayden mendatar.

"Apa yang panjang sangat yala kau tu?," tanya Javier dengan dahi yang berkerut.

"Itu menandakan bahawa aku faham," jawab Cayden sambil mengangkat keningnya beberapa kali.

"Jom lumba panjat pokok nak? Siapa sampai kat atas dulu, dia menang," kata Silver sambil menunjuk ke arah pokok tinggi yang berada di hujung padang.

"Aku pasti akan menang!," kata Cayden sebelum terus berlari ke arah pokok.

"Tunggu aku!," jerit Javier pula.

Hayden hanya menepuk dahinya sendiri. Ini ke keturunan mafia tu?

     Aaden menghela nafas panjang sebelum dia melangkah pergi dari situ. Callisto hanya memerhati pemergian Aaden dengan ekor matanya sebelum dia turut melangkah mendekati Aaden yang sudah semakin menjauh.

"Fikir pasal perempuan tu?" tanya Callisto mendatar. Mereka berdiri betul-betul di sebelah Porsche milik Aaden.

"Tak. Aku pun tak tahu aku fikir pasal apa," jawab Aaden mendatar.

"Kau risau pasal dia?" tanya Callisto lagi.

Aaden tidak menjawab soalan yang diajukan oleh sahabatnya itu malah hanya menghela nafas panjang. Mata memandang ke hujung jalan sebelum matanya tertangkap bayang seorang gadis... Berambut putih. Gadis itu seperti sedang memerhatikan mereka tetapi terus menyorok disebalik dinding pagar padang.

Aaden mengerutkan dahinya sebelum kaki terus melangkah ke arah pagar dengan pantas.

Callisto menoleh ke arah Aaden yang meninggalkannya tanpa sepatah kata. Pahal mamat ni?

Aaden terus mencari-cari bayang gadis itu tetapi ternyata gadis berambut putih sudah tiada di situ.

"Kau cari apa?" tanya Callisto sambil melangkah ke arah Aaden.

"Aku nampak someone kat sini tadi," jawab Aaden mendatar.

"Kau biar betul? Siapa je yang tahu tempat latihan kita kat sini?" tanya Callisto dengan dahi yang berkerut.

"Aku tak tahu. Tapi aku memang nampak dia berdiri kat sini tadi," kata Aaden penuh yakin.

"Dahlah. Jom," kata Callisto sambil memegang bahu Aaden. Mereka berdua terus melangkah masuk ke dalam Porsche milik Aaden sebelum meninggalkan kawasan itu.

Silver yang berada di atas pokok hanya memerhati gadis berambut putih melangkah masuk ke dalam Hummer putih yang berada tidak jauh dari situ. Siapa dia ni? Macam pernah nampak tapi dimana ya?

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now