Avia memeluk Alara dengan erat sebelum dia mengusap bahu Alara dengan lembut.
"Hmmmm. Lepasni aku dah takda geng nak main game. Sedihnya...," kata Alara sebelum pelukan mereka terlerai.
"Takpalah. Awak mainlah dengan Ferdy, okay? Lagipun ramai lagi yang ada. Silver ada, Javier ada, Callisto ada, Alpha ada. Semua boleh layan awak," kata Avia lembut.
"Aku nak kawan perempuanlah! Ish kau ni tak memahami langsung," kata Alara sambil melipat tangannya ke dada.
"Hahaha. Janganlah marah. Takpalah, awak carilah kawan baru, okay?" kata Avia sambil mengukir senyum lebar.
"Jaga diri tau kat sana nanti! Jaga Cay baik-baik. Kalau dia nakal, kau sekeh je kepala dia," pesan Alara ikhlas.
"Baik, boss!" Avia mengangkat tabik hormat ke dahi sambil mengukir senyum.
"Oi Cay busuk!" panggil Alara kuat.
Cayden terus menoleh ke arah Alara yang sedang berdiri di depan isterinya itu. Kening diangkat sedikit.
"Jaga Via elok-elok! Jangan buat dia stress!" pesan Alara pada Cayden pula.
"Pandailah aku jaga bini aku. Kau tu jaga diri," kata Cayden mendatar.
Alara yang mendengar pesanan ikhlas dari Cayden itu hanya tersenyum sebelum menganggukkan kepalanya.
"Caycay! I will miss you my brother!" kata Silver yang baru tiba di lapangan terbang bersama Javier.
Silver terus memeluk Alpha dengan erat sebelum dia mengusap-usap kepala lelaki itu. Alpha yang berdiri di sebelah Alara hanya diam tak terkata.
"Jaga diri! Walau apa pun yang terjadi, kau kena tahu yang aku sayang kau sampai mati! Jadi tolong jangan mati dulu!" kata Silver sambil memegang kedua belah tangan Alpha.
"Oi bangsat. Bangang tu jangan tunjuk sangat. Simpan sikit untuk esok," kata Cayden yang berdiri di sebelah Aaden.
"Eh? Hihi. Tersalah orang pulak hehe," kata Silver sebelum dia melepaskan tangan Alpha. Itu bukan tersalah, itu sengaja namanya.
"Oh Caycay... Jangan lupa untuk call aku tiap malam tau?" kata Javier sebelum dia melangkah ke arah Alpha.
Dengan pantas Alpha memegang dahi Javier supaya jauh darinya.
"Sudahlah tu. Tak payah usik dia. Aku taknak dia buka mulut," kata Aaden mendatar.
"Alaaaa... Sil dapat peluk. Aku pun nak peluk jugak! Boleh tak?" kata Javier dengan dahi yang berkerut.
Dengan perlahan-lahan Alpha menggelengkan kepalanya.
"Alpha nak peluk Lara je. Kan abang kan?" kata Alara sambil tersenyum pada Alpha.
"Jangan nak mengada," celah Aaden mendatar.
"Okaylah. Kitorang gerak dulu. Nanti dah sampai sana kitorang roger," kata Cayden sebelum dia melangkah ke arah Avia. Beg tangan isterinya diambil dari tangan isterinya itu. Kesian melihat gadis itu yang masih menggunakan sebatang tongkat.
"Eh takpalah. Biar saya bawak beg tu," kata Avia sambil menghulurkan tangannya.
"Tak payah," kata Cayden mendatar.
"Tapi awak dah pegang banyak beg. Biarlah saya bawak beg tu," kata Avia lagi.
"Tak payah. Duduk je diam-diam," kata Cayden masih mendatar.
YOU ARE READING
The Taste of Revenge [OG]
RomanceUS Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just stay away from me" -Aaden Ferdy Louise Kuasa? Harta? Semua berada di hujung jari sahaja. Abang kepad...