Lima tahun kemudian...
Avia melangkah masuk ke dalam BMW putih milik Hans sebelum dia terus menghulur bekas makanan bewarna merah jambu.
"Apa ni?" tanya Hans dengan kening yang diangkat sedikit.
"Saya ada masakkan spaghetti carbonara untuk awak," jawab Avia dengan senyuman lebar.
"Lah... Susah-susah jelah. Kan kita nak pergi makan, kenapa kau masakkan untuk aku pulak?" tanya Hans mendatar tetapi masih menyambut huluran dari gadis polos itu. Bekas itu diletakkan di tempat duduk belakang.
"Alah... Alang-alang saya balik Malaysia ni, saya saja je nak masakkan untuk abah. Alang-alang kita keluar, saya bawaklah untuk awak sekali," jelas Avia panjang lebar.
Avia telah berjaya menyambung pelajarannya di Amerika Syarikat sekaligus telah meninggalkan ayahnya tinggal sendiri di Malaysia. Putera Hans yang telah menjaga bapanya sejak ketiadaannya di Malaysia.
"Ha yalah-yalah. Kau cuti berapa lama? Bila nak bawak abah pergi melawat tempat kau belajar?" tanya Hans sambil memulakan pemanduannya.
"Saya ada kerja part time dekat sana. Nak kumpul duit sikit dulu, barulah boleh bawak abah pergi bercuti kat sana," jawab Avia lembut.
"Aku dah kata guna je duit aku dulu. Kau ni keras kepala sangat. Ego je lebih," kata Hans mendatar.
"Saya dah banyak sangat guna duit awak, Hans. Masa mula-mula saya nak sambung belajar pun saya dah pakai duit awak. Itupun saya tak sempat nak ganti lagi tau"
"Aku dah kata tak payah ganti. Duit tu duit kau jugak," kata Hans masih mendatar.
Avia menoleh ke arah Hans sebelum mengerutkan dahinya.
"Apa maksud awak duit saya jugak?" tanya Avia tidak mengerti.
"Takde apalah"
Avia hanya mengerutkan dahi sebelum membuang pandang ke luar tingkap.
"Apa khabar agaknya Ferdy and the gang, kan?" tanya Avia tiba-tiba.
"Dah berapa lama kau tak jumpa diorang?" tanya Hans mendatar.
"Lima tahun. Sejak diorang hilang, saya tak pernah jumpa diorang walau sekali," jawab Avia perlahan.
Hans hanya mendiamkan diri. Matanya hanya tertumpu pada jalan raya.
"Saya teringin nak jumpa diorang semula. Tapi...,"
"Tapi apa?" tanya Hans sebelum menoleh ke arah Avia.
"Saya benci diorang," jawab Avia ringkas.
Hans hanya terdiam mendengarkan jawapan gadis itu.
"Saya dah mula sayang pada diorang. Tapi diorang tinggalkan saya tanpa khabar berita. Diorang tak peduli pasal saya langsung," sambung Avia dengan wajah yang suram.
"Awak nak tahu something tak?" tanya Avia sambil menoleh ke arah Hans yang sedang memandu.
"Hm?"
"Masa saya mula-mula sambung belajar kat U.S, saya teringin nak terjumpa diorang kat sana. Sebab diorang duduk U.S, kan? Tapi tulah, saya tak pernah jumpa diorang walau sekali," kata Avia dengan senyuman nipis.
Hans hanya mendengar tanpa reaksi. Tak perlu cari, nanti kau akan jumpa diorang sendiri.
"Hans," panggil Avia tiba-tiba.
YOU ARE READING
The Taste of Revenge [OG]
RomanceUS Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just stay away from me" -Aaden Ferdy Louise Kuasa? Harta? Semua berada di hujung jari sahaja. Abang kepad...