Bab 53

25.6K 2.2K 1.3K
                                    

     Bukkkk!

Arlo ditumbuk dengan kuat sebelum lelaki itu jatuh tersungkur di atas lantai.

Callisto terus menarik kolar baju Arlo sebelum dia menarik lelaki itu dengan kuat.

"Easy bro... Easy...," kata Aaden sebelum dia menarik Callisto supaya melepaskan Arlo.

"Aku tak percayakan kau. Kata-kata kau semua sampah. Berani kau muncul depan muka aku untuk beritahu kakak aku pregnant anak bangsat tu?" kata Callisto dingin. Matanya menikam anak mata Arlo dengan tajam. Telinganya berapi menahan marah.

"It's up to you korang nak percaya atau tidak. Fellen tak beri aku beritahu keluarga dia. Tapi cukup sekali aku buat silap. Kalini aku dah taknak buat silap lagi," kata Arlo dengan senyuman nipis.

"Kau siapa sebenarnya? Kau kata kau anak didik Ray, tapi kenapa kau takda GPS tracker dalam badan kau?" kata Callisto sebelum dia melepaskan pegangannya.

"Siapa kata aku takda?" kata Arlo sebelum dia membetulkan kolar bajunya. Dia bangun dari duduknya sebelum dia menyelak lengannya sehingga ke paras bahu.

"Cuma ada tiga GPS tracker dalam rumah tu," celah Aaden yang teringat kembali saat mereka menggodam GPS tracker di rumah Rayden itu.

"Sebab aku tak tinggal dekat rumah tu. Aku ada rumah aku sendiri dekat kondo ni. Dan aku duduk sini. Aku cuma balik rumah sana bila aku rasa nak balik sahaja," kata Arlo sebelum dia menunjuk bahunya ke arah Aaden dan Callisto.

"Maknanya ada empatlah?" tanya Aaden pula. Matanya memandang ke arah bahu Arlo yang berparut kecil itu.

"Iya," kata Arlo sebelum dia menutup kembali lengan bajunya.

"Mana Ray? Dia tak balik rumah ke?" tanya Aaden sebelum dia mengambil tempat di sofa ruang tamu.

"Tak. Sejak dia culik Avia, aku dah tak nampak batang hidung dia. Call pun tak dapat," jawab Arlo mendatar.

"Levi?" tanya Callisto pula.

"Sama. Dua-dua dah hilangkan diri. Tinggal kami bertiga je kat rumah tu sekarang. Fancy pun dah hilang," kata Arlo sebelum dia memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar.

"Apa jawapan Alpha?" tanya Callisto dingin. Dia turut mengambil tempat di sofa ruang tamu rumah itu.

"Hm. Sky tak beri apa-apa jawapan," jawab Arlo sebelum dia melangkah ke pintu rumah.

"Apa-apa pun, tugas aku dah selesai," sambung Arlo sebelum dia terus melangkah keluar dari rumah itu.

Aaden dan Callisto hanya menghela nafas panjang sebelum mereka bersandar pada sofa.

     "Aku tak boleh nak fikir buat masa sekarang. Banyak sangat benda yang berlaku serentak," kata Aaden sambil meraup wajahnya.

     "What if Alpha taknak kahwin dengan Fellen?" tanya Callisto tiba-tiba.

     "Aku tak rasa dia akan nak," kata Aaden mendatar.

     "Sakitnya otak aku ni fikir," kata Aaden sebelum dia menutup matanya dengan rapat.

     "Budak-budak ni tak balik dari hospital lagi?" tanya Callisto sebelum dia bangun dari duduknya.

     "Tak. Biasalah. Diorang melepak kat sana lahtu," jawab Aaden mendatar.

     "Kau," kata Callisto tiba-tiba. Matanya menoleh ke arah Aaden.

Aaden mencelikkan matanya sebelum dia menoleh ke arah Callisto.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now