Bab 32

40.8K 4.1K 1K
                                    

Beberapa tahun yang lalu...

     "Ball," kata Ferris sambil menunjuk ke arah sebiji bola yang berada di tengah jalan.

     "Biar daddy ambik ball tu, ya?," kata Aryan sebelum dia menoleh ke arah Ara yang sedang berlari ke arah tengah jalan. Sebuah BMW hitam sedang meluru laju di jalan sebelum Ara terus melintas jalan tanpa menoleh kanan dan kiri.

     "Ara!," jerit Aryan sebelum dia terus berlari untuk mendapatkan gadis itu.

Debush!

Ara melambung tinggi dengan darah yang terpercik keluar dari mulut dan hidungnya.

Qey Ari dan Lisa menoleh ke arah bunyi dentaman yang agak kuat itu sebelum mata masing-masing terbeliak selepas menyedari anak mereka telah dilanggar oleh sebuah BMW berwarna hitam.

     "Ara!," jerit Qey Ari dan Lisa serentak sebelum terus berlari ke arah Ara yang sedang terbaring di atas tar.

BMW hitam yang baru sahaja melanggar gadis kecil itu memecut dengan laju meninggalkan Ara terbaring di atas tar dengan berlumuran darah.

Aryan mengalihkan Ara ke sebelum dia memegang kepala gadis itu yang sudah berlumuran darah.

     "Shoot him!," kata Aryan kepada Ariq.

Ariq yang mendengar arahan dari abangnya itu terus mengeluarkan selaras pistol dari belakang seluarnya sebelum mengacukan ke arah BMW hitam yang sudah semakin menghilang.

     "Too late. We lost him," kata Ariq yang dapat mengagak tembakannya tidak akan terkena sasaran memandangkan kereta itu sudah hilang dari pandangan. Pistolnya disimpan semula. Kaki melangkah ke arah Ara yang terbaring di atas tar.

     "Tepi!," jerit Qey Ari sebelum dia menolak Aryan supaya jauh dari anak gadisnya.

Beberapa orang yang berada berdekatan turut melangkah ke arah Ari, Lisa dan Ara bagi menghulurkan bantuan.

Aryan dan Ariq menjarakkan diri mereka dari orang ramai sebelum Aryan menelefon ambulans menggunakan telefon bimbitnya.

     "Dari gaya budak tu kena langgar, mungkin dia akan mati," kata Ariq mendatar.

     "Apa yang kita dah buat?," tanya Aryan sebelum menoleh ke arah Ariq.

     "Apa? Kita tak buat apa-apa pun. Mak bapak dia yang tak alert. Mak bapak dialah yang salah," kata Ariq selamba.

     "Tapi aku nampak dia kena langgar," kata Aryan perlahan. Kesal dengan apa yang berlaku walau bukan salah dirinya.

     "Sebab kau ada mata," kata Ariq mendatar.

     "Aku tak main-main, Fran" kata Aryan serius.

     "Lepastu kau ingat aku main-main ke?," tanya Ariq juga serius.

Aryan menoleh ke arah Ariq. Mata biru adiknya ditenung dengan tajam.

Ariq mengukir senyum nipis sebelum mengangkat keningnya beberapa kali.

Beberapa jam kemudian...

"Banyaknya ujian yang datang...," kata Avrin perlahan. Dia elok duduk di sofa ruang tamu dengan hati yang turut berduka cita dengan apa yang baru berlaku.

Qeisha Ara tidak dapat diselamatkan oleh kerana beberapa organ dalamannya yang pecah dah kehilangan banyak darah. Jenazahnya masih lagi berada di hospital untuk diuruskan sebelum akan dihantar ke rumah.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now