"Terima kasih sebab tumpangkan saya balik. Sampaikan salam buat keluarga awak. Diorang layan saya baik sangat," kata Avia yang berada di sebelah Aaden.
Aaden hanya mendiamkan diri. Matanya memandang ke arah rumah teres kecil yang berada di depan matanya kini. Dia diarahkan oleh ibunya untuk menghantar gadis itu pulang memandangkan hanya dia yang mempunyai lesen memandu di kalangan generasi baru keluarga itu.
"Lepas saya basuh baju ni, saya pulang balik dekat Alara," kata Avia sebelum dia mencapai beg sekolahnya yang diletakkan di tempat kaki.
"Tak payah. Ambik je semua baju tu," kata Aaden mendatar. Dia langsung dia menoleh ke arah gadis yang berada di sebelahnya itu.
"Tapi baju ni terlalu mahal untuk saya ambik. Saya malu nak ambik baju-baju ni," kata Avia perlahan.
"Aku kata ambik, ambik jelah," kata Aaden dingin.
Avia hanya memandang ke arah Aaden yang langsung tidak menoleh ke arahnya. Mamat ni selalu dingin. Dia period hari-hari ke?
"Baiklah. Terima kasih banyak-banyak. Saya balik dulu," kata Avia sebelum dia membuka pintu kereta Porsche yang dipandu oleh Aaden.
"By the way, terima kasih sebab beri saya peluang untuk merasa hidup senang. Saya tak pernah naik kereta mewah selamani. Saya tak pernah masuk rumah besar macam rumah awak. Terima kasih untuk kenangan tu," kata Avia sebelum tersenyum lebar.
Aaden yang mendengar itu terus menoleh ke arah Avia yang sedang tersenyum lebar. Cantik gadis ini. Terlalu cantik dan naif.
"Bye Ferdy!," kata Avia sebelum dia menutup pintu kereta dan berlari masuk ke dalam pagar rumah teres rumahnya.
Aaden hanya melepaskan nafas berat sebelum dia terus memulakan perjalanannya untuk pulang ke rumah.
"Siapa yang hantar Via tu?," tanya satu suara garau dari arah pintu rumah.
"Tu Ferdy. Dia anak pemilik sekolah tau. Keluarga dia baik sangat. Keluarga dia yang suruh Via duduk rumah dia sementara tunggu abah balik kerja," terang Avia panjang lebar.
"Untung kamu dapat kawan baik macam dia. Hensem tak orangnya? Hihi," usik Encik Harris.
"Hensem! Diorang semua hensem, abah! Tapi Via rasa ada sorang tu paling hensem. Nama dia Cayden. Cair Via kalau tengok dia! Lagi-lagi bila dia dah tukar warna rambut dia!," kata Avia bersemangat.
"Wow. Dah pandai anak abah ya? Ceritalah lagi! Best tak duduk rumah dia? Diorang bagi anak abah ni makan tak?," tanya Encik Harris yang juga teruja.
"Biar Via cerita kat abah semuanya! Jom kita cerita kat dalam!," kata Avia sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
Cayden menoleh ke arah meja yang berada di sebelah katilnya. Terdapat teddy bear kecik bewarna pink dan keychain kayu yang tertulis 'terima kasih.'
"Adik dah bangun? Nak makan tak? Mummy dah siapkan makan malam adik," kata Darlene yang berada di sofa dalam bilik anak lelakinya itu.
"Siapa yang bagi tu?," tanya Cayden sambil menunjuk ke arah teddy bear pink dan keychain yang berada di atas meja.
"Tak tahu. Mummy tengok memang dah ada sejak semalam," kata Darlene lembut.
Cayden mengerutkan dahinya sebelum dia mencapai teddy bear pink kecil itu sebelum ditenung lama.
"Siapa yang datang sini semalam?," tanya Cayden mendatar.
"Kawan-kawan kamulah. Ferdy, Callisto, Javier, Silver, Alara dengan Alpha," jawab Darlene lembut.
"Alpha?," tanya Cayden dengan dahi yang berkerut.
"Iya. Abang adik dah balik Malaysia. Dah banyak kali dia datang sini sejak adik sakit. Adik tak perasan ke?," tanya Darlene sebelum mengerutkan dahinya.
Dengan perlahan Cayden menggelengkan kepalanya beberapa kali. Bila masa si hodoh tu datang sini?
"Adik nak makan tak? Adik tak makan lagi dari petang tadi," kata Darlene sebelum dia bangun dari duduknya.
"Taknak. Tolong buang ni," kata Cayden sebelum dia menghulur teddy bear pink yang dipegangnya ke arah Darlene.
"Kenapa nak buang?," tanya Darlene sambil menyambut huluran anak lelakinya.
"Ni bukan Lara yang bagi," kata Cayden mendatar.
"Macam mana adik tahu bukan dia yang bagi?," tanya Darlene sambil memandang ke arah teddy bear pink yang berada di tangannya.
"Lara tak suka pink," jawab Cayden sebelum dia bersandar pada kepala katil.
"Haih... Yalah, yalah. Mummy buang ni, tapi dengan syarat, adik kena makan nasi malam ni. Okay?," kata Darlene lembut.
"Okay," jawab Cayden sepatah.
"Have you found him?," tanya Rayden mendatar.
Alpha tidak menjawab malah hanya menunduk dan menggelengkan kepalanya beberapa kali.
Levi yang berada di hadapannya hanya memerhati Alpha yang sudah hilang fokus itu.
"What's wrong with you? Focus, Alpha!," kata Rayden dingin. Mata helangnya menikam anak mata biru milik Alpha.
Alpha tersentak sebelum dia mengangkat wajahnya dan terus memandang ke arah Rayden yang sedang memandang ke arahnya.
"Sorry," kata Alpha sepatah. Matanya membalas renungan tajam milik Rayden.
"I give you 24 hours to find him. You get that?," kata Rayden tegas.
Dengan perlahan Alpha menganggukkan kepalanya beberapa kali tanda faham.
"Enough," kata Levi sepatah. Kedengaran tegas suaranya.
Rayden yang mendengar itu terus menoleh ke arah berlainan.
"Look at me," kata Levi mendatar.
Alpha terus menoleh ke arah Levi yang sedang merenung ke arahnya.
"This is your test. We have taught you a lot. Learn how to use it. We won't help you even once. Okay, Alpha?," kata Levi mendatar. Dia memegang kedua belah bahu Alpha sebelum menepuk-nepuk dengan perlahan.
Alpha hanya mendengar tanpa sepatah kata. Dia telah diajar untuk berdikari dan menggunakan semua yang telah diajar oleh kedua orang penjaganya itu sejak kecil lagi. Dia bukanlah dibuli atau diseksa, tetapi dia diajar untuk kenal erti hidup sebenar.
"We've been silent for way too long. Now its payback time. Remember, you are Alpha," kata Levi lagi. Dia cuba mengingatkan kembali peristiwa dimana anak buahnya itu dituduh kerana cubaan membunuh di rumah keluarga Avrin.
Anak mata Alpha sudah mulai berubah kepada pandangan helang. 'I am Alpha.'
"And one more thing. Focus. Don't fall in love," kata Rayden pula. Dia tahu anak buahnya itu sudah mula tidak menumpukan sepenuh perhatiannya.
Alpha yang mendengar itu hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.
YOU ARE READING
The Taste of Revenge [OG]
RomanceUS Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just stay away from me" -Aaden Ferdy Louise Kuasa? Harta? Semua berada di hujung jari sahaja. Abang kepad...