Malek melangkah masuk ke dalam rumah sewa milik Ferris sebelum dia terus menuju ke bilik yang menempatkan Ferris.
Pintu dibuka dengan kasar sebelum dia memandang ke arah Ferris yang sudah pun mencelikkan matanya. Mulutnya elok ditutup menggunakan saletip hitam.
"Best tidur?," tanya Malek sambil melangkah mendekati Ferris yang elok diikat pada kerusi kayu. Gadis yang bertudung itu telah pun dilucutkan tudungnya oleh Malek. Tudungnya pun entah hilang kemana.
"Hmmpphhh!," Ferris cuba untuk menjerit tetapi apakan daya.
"Janganlah jerit," kata Malek sebelum dia menarik rambut coklat perang Ferris dengan kuat.
Kepala Ferris tertarik ke belakang dengan kuat.
"Macam mana kau boleh berani duduk rumah sewa besar macam ni sorang-sorang eh?," kata Malek sambil membuka pita pelekat pada mulut Ferris dengan kasar.
"Siapa kau?," tanya Ferris dengan nafas yang turun naik.
"Siapa aku? Siapa aku tu tak penting, yang penting sekarang ni, kau ni cantik juga, kan?," kata Malek sambil mengusap pipi Ferris dengan lembut.
"Jangan sentuh aku," kata Ferris kasar. Dia mengalihkan wajahnya supaya lelaki itu tidak dapat menyentuhnya.
"Apa kau nak buat kalau aku nak sentuh kau?," tanya Malek sebelum dia meletakkan tangannya di atas peha Ferris.
"Aku kata jangan sentuh aku, puih!," Ferris meludah tepat ke arah wajah Malek.
Malek menyeka liur Ferris yang berada di wajahnya sebelum dia memegang kedua belah pipi Ferris dengan kuat.
"Kau ni memang kurang ajar eh? Berani kau ludah aku? Memang aku kerjakan kau malam ni cukup-cukup," kata Malek sebelum dia mengangkat tangannya untuk menampar gadis itu.
Pang!
Satu tamparan hangat hinggap di pipi Ferris.
"Kau mencabar aku, kan?," kata Malek sebelum dia menumbuk Ferris dengan kuat.
Bukk!
Ferris terteleng ke kanan sebelum darah pekat mengalir keluar dari bibirnya. Bibirnya kini sudah pecah dek kerana tumbukan kuat dari seorang lelaki itu tadi.
"Hahaha. Kau tersilap langkah sebab sentuh aku," kata Ferris sinis. Bibirnya yang sudah pecah itu masih mengukirkan senyuman sinis.
"Kau masih nak berlagak dengan aku ya?," kata Malek sebelum dia menumbuk Ferris berkali-kali.
Buk! Buk! Buk!
Darah mengalir dengan semakin laju sebelum Ferris meludahkan darah yang berada di dalam mulutnya.
"Puih! Kau takkan selamat. Aku tahu keluarga aku akan selamatkan aku, cepat atau lambat, diorang pasti datang," kata Ferris yang masih lagi tersenyum.
"Yakinnya kau? Hahahaha. Jangan yakin sangat okay?," kata Malek sebelum dia mengoyakkan baju Ferris dengan kasar.
"Jangan sentuh aku!," jerit Ferris kuat. Baju luarnya dikoyakkan sehingga menampakkan baju dalamnya.
"Kalau aku tetap nak sentuh kau?," tanya Malek dengan tangan yang mengusap-usap leher putih Ferris.
"Daddy! Tolong!," jerit Ferris kuat.
Krettt...
Kedengaran bunyi pintu utama dibuka. Malek dan Ferris terus memandang ke arah tangga sebelum mereka memandang antara satu sama lain.
YOU ARE READING
The Taste of Revenge [OG]
RomanceUS Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just stay away from me" -Aaden Ferdy Louise Kuasa? Harta? Semua berada di hujung jari sahaja. Abang kepad...