Nur melangkah ke arah suaminya sebelum dia memeluk lelaki itu dari belakang. Lelakinya itu akan bekerja diluar kawasan untuk beberapa minggu. Walaupun umur semakin meningkat, lelaki itu masih sibuk dengan kerjanya.
"Kenapa ni? Abang outstation kejap je. Sayang tunggu abang balik ya?," kata Qey Aris lembut.
"Sayang nak tanya sikit boleh?," tanya Nur sambil meleraikan pelukannya.
"Apa dia tu?," tanya Qey Aris dengan kening yang diangkat sedikit. Dia menoleh ke arah isterinya yang sedang berdiri di belakangnya.
"Betul ke abang dah lupakan adik abang?," tanya Nur mendatar.
Qey Aris hanya terdiam mendengarkan soalan yang ditujukan oleh isterinya itu.
"Abang?," tanya Nur lagi.
"Mummy dah buang dia dari keluarga. Dia sendiri lebih memilih untuk hidup dengan keluarga dia. Abang tak boleh buat apa tapi cuba untuk lupakan dia," kata Qey Aris tidak jujur.
"Bila agaknya abang dapat lupakan dia? Dah berbelas tahun berlalu bang. Adik abang sendiri menyebelahi keluarga yang cuba bunuh Along dengan anak Along," kata Nur mendatar.
"Kita tak tahu pun samada betul atau tidak budak Alpha tu yang tikam Ashron. Takda bukti pun budak tu yang cuba untuk bunuh Ashron," kata Qey Aris sebelum menoleh ke arah berlainan.
"Nak bukti apa lagi bang? Dah terang-terang budak tu yang pegang pisau tu. Takkan si Alara tu pulak yang buat? Dia kecik lagi. Dia tak tahu apa-apa," kata Nur sambil menarik lengan Qey Aris untuk memandang ke arahnya.
"Sayang ni dah kenapa? Tak boleh ke kalau sayang sendiri yang lupakan pasal kes ni? Kenapa nak kena push abang macam ni?," kata Qey Aris tegas.
"Okay fine. Kalau abang fikir budak tu tak tikam Ashron, abang kena ingat yang keluarga diorang yang buat Along hilang ingatan. Keluarga diorang yang buat Along mandul! Anak sulung Along? Siapa yang bunuh? Diorang jugak, kan?," kata Nur kuat.
"Nur Safiyah! Jaga sikit mulut awak! Jangan sampai saya sendiri tutup mulut awak tu guna tangan saya," kata Qer Aris tegas. Suaranya dinaikkan dua oktaf.
"Ara mati bukan sebab diorang. Ara mati sebab kecuaian Along dengan Kak Lisa sendiri. Ara mati sebab kena langgar lari. Kematian budak tu takda kaitan langsung dengan Avrin dan keluarga dia," sambung Qey Aris mendatar.
"Saya yakin yang langgar Ara tu mesti ada kaitan dengan keluarga pembunuh tu. Takda sebab orang nak langgar budak tu. Budak tu tak berdosa!," kata Nur kuat.
"Awak ada bukti ke yang langgar Ara ada kaitan dengan keluarga Avrin? Kalau awak takda bukti, sila tutup mulut awak," kata Qey Aris mendatar.
"Tapi dah terbukti diorang ada kat tempat kejadian! Bukti apa lagi yang abang nak?!,"
"Memang diorang ada kat sana! Tapi apa bukti awak ada nak fitnah keluarga diorang bunuh Ara?! Kalau nak kata ada kat tempat kejadian, Along dengan Kak Lisa pun ada kat tempat kejadian! Awak taknak fitnah diorang bunuh anak sendiri pulak?!," kata Qey Aris kuat.
Nur terdiam selepas ditengking sebegitu dengan suaminya sendiri. Air matanya bergenang menunggu saat untuk mengalir.
Qey Aris meraup wajahnya sebelum dia memegang bahu isterinya.
"Abang minta maaf. Abang takda niat nak tinggikan suara. Maafkan abang," kata Qey Aris lembut.
"Abang kena ingat siapa punca Along hilang ingatan. Punca Along mandul," kata Nur sebelum dia terus melangkah meninggalkan suaminya di dalam bilik.
YOU ARE READING
The Taste of Revenge [OG]
RomansUS Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just stay away from me" -Aaden Ferdy Louise Kuasa? Harta? Semua berada di hujung jari sahaja. Abang kepad...