Bab 15

42K 4.6K 3.4K
                                    

     Avia melangkah masuk ke dalam kedai roti yang bernama King Bakery sebelum dia sibuk memilih roti untuk diberikan kepada Cayden. Dia tidak akan melupakan peristiwa semalam yang berjaya membuat jantungnya berdegup dengan sangat kencang.

Selepas dia mengambil beberapa jenis roti, Avia terus melangkah ke arah kaunter untuk membuat pembayaran.

     "Semua sekali RM15.80. Nak bayar cash ke card?," tanya pekerja yang bertugas di kaunter itu.

     "Cash. Sekejap ya," kata Avia sebelum dia mencari-cari dompetnya tetapi tidak dijumpai. Eh mana pulak dompet aku ni?

     "Cari ni ke?," tanya satu suara garau dari arah belakang Avia.

Avia terus menoleh sebelum terpandang dompetnya yang berada di tangan Aaden.

     "Mana awak jumpa dompet saya ni?," tanya Avia sebelum terus mencapai dompetnya dari tangan Aaden. Dompet bewarna pink itu bertukar tangan.

     "Kau yang letak merata," jawab Aaden mendatar.

Avia hanya menoleh sebelum dia membelek isi dompetnya. Sekeping not RM10 dikeluarkan dari dompet sebelum dia masih mencari-cari isinya lagi.

"Alamak. Saya tak cukup duitlah. Kejap ya, kak. Saya nak letak balik roti ni," kata Avia sambil mencapai roti bun yang berada di dalam plastik untuk diletakkan di rak semula.

Aaden hanya memerhati tingkah laku Avia itu. Dia pakai ambik je semua jenis roti, tapi dia sendiri tak tahu dia tak bawak banyak duit.

"Emm. Jap. Tapi nampak macam ni sedap. Ala macam mana nak pilih ni," bisik Avia perlahan. Dia sibuk membelek roti-roti yang berada di atas rak.

"Thank you! Thank you so much!," kata pekerja perempuan yang berada di kaunter.

Aaden melangkah keluar dari kedai roti itu sebelum dia terus masuk ke dalam kawasan sekolah.

Avia hanya memerhati Aaden dari jauh sebelum dia melangkah ke arah kaunter.

"Saya ambik yang ni jelah, kak," kata Avia sambil menunjuk ke arah beberapa jenis roti.

"Ambik jelah semua roti yang awak nak. Boyfriend awak dah bayarkan untuk awak. Sweet betul dia ya?," kata pekerja di kaunter kedai roti itu.

"Ha? Boyfriend saya?," tanya Avia dengan dahi yang berkerut.

"Ha'ah. Budak handsome tadi tu," kata gadis itu sambil tersenyum.

"Ferdy ke maksud akak?," tanya Avia masih pelik.

"Iya! Name tag dia ada tulis Ferdy!," kata pekerja itu dengan senyuman lebar.

"Seriuslah dia dah bayar semua? Dia bayar berapa?," tanya Avia lagi.

"Dia bayar RM5000 tadi. Dia kata lepasni kalau awak datang kedai ni lagi, kami kena beri roti percuma je dekat awak," jawab pekerja itu dengan ramah.

"Sumpahlah?!," jerit Avia kuat.

Avia melangkah masuk ke dalam bangunan sekolah dengan kedua belah tangan yang penuh dengan beg plastik roti-roti yang telah diambil dari kedai roti berdekatan sekolah. Bahagia betul dapat makanan percuma.

"Lalalala...," nyanyi Avia perlahan. Amboi bahagia betul.

"Via!," panggil satu suara dengan kuat.

Avia segera menoleh sebelum dia memandang ke arah Silver yang berada dengan keluarganya itu.

"Amboi. You shopping satu kedai ke?," tanya Silver yang berada di luar bilik rehat.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now