Bab 65

38.8K 2.7K 1.2K
                                    

"Macam mana korang jaga adik korang? Kenapa sampai jadi macam ni? Korang enam lelaki kut, enam lelaki dewasa! Takkan nak jaga sorang budak perempuan pun tak mampu?!" tanya Aryan dalam nada tegas. Dia cukup kesal dengan apa yang baru didengarinya semalam. Cukuplah dia seorang sahaja yang sudah gagal menjaga anak gadisnya, tidak perlu semua anak gadis di dalam keluarga itu perlu rosak.

Aaden, Cayden, Alpha, Callisto, Silver dan Javier elok duduk di atas lantai dengan kedua belah tangan terletak di atas kaki masing-masing. Manakala Aryan, Ariq, Hayden, Jayden dan Spencer pula elok duduk di atas sofa rumah itu.

"Aku suruh kau jaga adik kau, apa kau buat? Kau sibuk bercinta ke Ferdy?" tanya Ariq yang berada di sebelah Aryan.

Aaden hanya menundukkan kepalanya tanpa memberi sebarang jawapan. Bukan tidak jaga, tetapi adiknya lebih suka bebas berbanding dijaga oleh abang-abangnya.

"Alpha," panggil Hayden dingin.

Alpha tidak menyahut malah hanya menoleh ke arah bapanya tanpa mengangkat kepalanya yang sedang menunduk.

"What have you done?" tanya Hayden dalam nada yang tegas.

Alpha tidak menjawab malah hanya menoleh ke bawah semula. I'm gonna kill you Arash Erfan. Hold my words.

"Mujur Cay sempat halang lelaki tu dari terus rosakkan Lara. Kalau Cay takda masa tu, korang rasa apa yang akan jadi pada Lara?! Abang jenis apa korang ni?! Korang nak bertanggungjawab ke kalau apa-apa jadi pada anak perempuan aku?!" kata Ariq kuat.

"Tapi uncle, kitorang sendiri tak tahu dengan siapa Lara berkawan. Dia banyak berahsia sekarang," kata Silver perlahan.

"Itu bukan alasan untuk korang terlepas pandang dari budak tu. Korang lelaki kut. Semua benda korang pandai, takkan nak dapatkan details kawan Lara pun korang tak boleh buat?! Apa guna korang dididik dari kecik untuk jadi hebat kalau jaga budak 19 tahun pun korang tak mampu?!" kata Ariq kuat.

"Aku kecewa dengan korang. Korang jaga perempuan luar bagai nak gila. Tapi adik sendiri korang boleh terlepas pandang. Aku kecewa sangat," kata Aryan pula.

"Umur dah nak masuk 24, tapi jaga adik pun tak boleh harap. Macam tu kata nak kahwin? Dalam mimpilah," kata Ariq sebelum dia terus bangun dari duduknya. Mata memandang ke arah Aaden.

"Transaction kad kredit kau melampau-lampau ya Aaden Ferdy. Kau beli kereta dekat perempuan mana? Dalam masa adik kau bercinta dengan lelaki luar, kau boleh sedap-sedap beri kereta pada orang luar? Hebat betul kau. Mentang-mentang syarikat tu kau boss, kau boleh buat ikut sesuka hati kau je ya?" kata Ariq mendatar.

"Seriuslah Din? Apa bangang sangat kau ni? Avia pun tak pernah dapat kereta, kau boleh beri kereta pada minah kaya tu? Seriuslah Din?!" kata Cayden kuat.

"Entah. Kau yang bagi kereta dekat orang luar, aku pulak kena tempias. Siot betul," kata Silver sambil menjelingkan matanya.

"Sorry. Tapi kalini kami tak boleh beri muka. Korang semua akan dihukum. Kitorang akan sekat semua kad kredit korang. Rumah ni kitorang rampas. Tak perlu datang kerja lagi lepasni, kitorang sendiri akan uruskan LWR Group," kata Aryan mendatar.

"Oh no! Habistu kami nak duduk mana?!" kata Silver dengan dahi yang berkerut.

"Duduk bawah jambatan! Biar kau rasa sikit gaya hidup susah tu macam mana!" kata Ariq laju.

"Tidak!!!!" jerit Silver sambil mengangkat kedua belah tangannya.

"Takdalah. Kitorang dah sediakan rumah untuk korang. Aku nak korang semua duduk situ sementara korang dihukum. Faham?" kata Aryan tegas.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now