"nak keropok"
"Nak keropok"
"Nak keropok"
"Apa benda lah dia ni bising-bising ni? Semak betullah." Jungkook tersedar dari tidur Dan kelihatan Jimin masih lagi tidur di sebelah nya.
Bila dia dekatkan muka nya,Jimin sedang bercakap dalam tidur sambil peluk bantal dengan erat.
"Lah,kau mengigau ke? Hish ingat kan apa benda lah tadi." Jungkook Cuba untuk sambung tidur.
"Sedap nya keropok." Jimin masih lagi bercakap dalam mimpi.
Jungkook bangun dari tilam Dan bersiap sambil mengambil kunci kereta untuk keluar rumah,dia hidupkan enjin kereta Dan start memandu mencari kedai jual keropok.
Kebetulan Ada satu kedai di buka Dan sedang buka semua tirai untuk menjual barang-barang basah.
"Pakcik,Ada jual keropok Tak?" Soal Jungkook sambil turunkan tingkap kereta.
"Ada,tapi yang sejuk beku lah. Dekat sini Tak jual yang segera di goreng,boleh ke?" Pakcik itu sibuk menyusun beg plastik atas meja.
"Boleh kalau macam tu,bagi 2 kilo." Jungkook keluar dari kereta Dan bayar kepada pakcik itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Ayah mertua kamu tu! Sibuk provoke budak kampung tu,siap tampar mama Lagi huh!" Puan Jeon mengadu kepada Tae.
"Biasa lah,budak tu kan menantu kesayangan dia. Tae cuma menantu atas kertas je,heh Tak penting pun." Dia mengunyah bubur.
"Eh jangan cakap macam tu my baby,you tu menantu kesayangan I Tau. Anak you pun cucu kesayangan I,you lah yang paling Sayang." Puan Jeon peluk Taehyung dengan erat.
"Ish orang tua ni,lepas lah!" Tae geli di peluk oleh ibu mertua tiri nya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jimin menggosok mata nya sambil menggeliat,dia buka mata nya perlahan-lahan Dan Jungkook takde di sebelah nya. Dia bangun Dan tengok di ruang tamu,takde sesiapa.
"Mana pulak dia pergi ni? Basuh sayur lah memasak- kejap kenapa Ada bau keropok ni?" Jimin berjalan masuk ke dalam dapur.
"Nak apa kau? Pergi luar,tengah sibuk ni." Jungkook goreng keropok di dalam kuali.
Dia keluar dari dapur Dan berasa hairan kerana Jungkook tiba-tiba memasak di waktu pagi,biasa dia Akan pergi kerja setiap Hari.
Pinggan keropok-keropok itu di letakkan atas meja,bau nya yang terlalu enak menusuk hidung Jimin. Dia mengambil seketul Dan menggigit nya,senyuman nya muncul.
"Bukan awak kerja ke?" Soal jimin.
"Hari ni Aku ambik cuti sehari,sebab Aku Tak berapa sihat Hari ni." Jungkook Masuk dalam bilik Dan tutup pintu.
"Kenapa tiba-tiba aku layan semua permintaan dia ni? Patut nya Aku pergi kerja Hari ni bukannya layan anak pemandu teksi tu." Jungkook gosok muka nya sambil Masuk ke dalam bilik air.
Sedang sibuk Jimin makan keropok,dia terdengar bunyi loceng di luar rumah. Dia membuka Dan seluruh keluarga nya berdiri di depannya sambil tersenyum.
"Ibu!" Jimin peluk puan Park dengan erat sekali.
"Jimin,sorry lah lama Tak jenguk sebab masing-masing sibuk kan." Jaemin usap kepala adik nya.
"Chim,macam Mana keadaan chim dengan baby Hari ni? Sihat?" Encik Park Tanya anak bongsu nya.
YOU ARE READING
Jeon Sarang (BTS)
Fanfictionpark Jimin,Seorang anak lelaki kepada pemandu teksi yang bekerja di Seoul selama 8 tahun setelah mereka seisi keluarga di halau keluar dari rumah sewa mereka di Busan. manakala,Jungkook Dan Taehyung ialah pasangan kekasih yang bahagia hingga lah sua...