𝐁𝐀𝐁 01

5.8K 194 12
                                    

Mysterious Girl

Dretttt! Drettt! Dreeet Dreetttt!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dretttt! Drettt! Dreeet Dreetttt!

Biji mata bergerak dengan laju, terganggu dari tidur lenanya apabila terdengar bunyi getaran kuat itu. Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka, iris birunya memandang tepat ke arah syiling sebelum tangannya bergerak menyapai telefon pintarnya yang tidak berhenti bergetar dari tadi.

Skrin disentuh, sekelip mata bunyi getaran itu hilang dari deria pendengarannya. Telefon pintarnya dicampak ke samping lalu tubuhnya mula bangun, duduk seketika di atas katil sambil termenung.

Mata kuyunya berkelip buat beberapa kali, cuba mengumpulkan kekuatan untuk menyedarkan dirinya yang masih separuh sedar. Beberapa minit kemudian, kakinya jatuh ke atas lantai dan badannya mula di renggang buat beberapa saat sebelum dia bangun dan melangkah masuk ke dalam bilik air.

15 minit berlalu, akhirnya gadis itu selesai membersihkan dirinya. Baju kurung bersama kain biru muda disarung pada tubuhnya. Jam dinding sempat dilirik, jarum jam tertuju tepat pada pukul 6:11 pagi.

Tak lama kemudian, sejadah dan telekungnya terus dicapai lalu gadis itu mula menunaikan solat subuhnya sebelum bergerak pergi ke sekolah.

Sebaik sahaja dia selesai menunaikan tanggungjawabnya, gadis itu mula bersiap untuk bergerak pergi. Seperti biasa, sebelum beredar dari rumah gadis itu akan mengucapkan selamat tinggal pada ibunya dan mengucup kedua belah tangan ibunya bagi meminta restu daripadanya buat setiap hari.

"Ayah, cepat sikit. Nana dah lambat ini." ucap Medina sebaik sahaja memasuki Proton Saga milik Arman Shah. Jam tangan sempat dilirik, jam 7 sudah dimasuki sejak 5 minit yang lalu. Beberapa puluh minit lagi sebelum pintu pagar sekolahnya di tutup.

"Itulah, siapa suruh bersiap lambat lagi." balas Arman yang sahaja mengusik satu-satu anak tunggalnya.

"Tadi Nana tak perasan dah pukul 7. Kalau Nana tahu, Nana tak membawang dengan ibu tadi." balas Nana dengan nada resahnya.

"Hah, itulah kamu. Pantang ada masa, membawang sahaja kerja kamu ya."

Nasib baik sekolah dan rumahnya hanya berjarak 5KM. Tidak adalah Arman perlu terkejar-kejar untuk menghantar Medina ke sekolah. Lagipun ini bukan kali pertama Medina terlewat untuk ke sekolahnya, sudah menjadi rutin biasa buat Arman.

Menghantar Medina dan mendengar rungutan anak gadisnya.

Tepat jam 7:26 pagi, Medina tiba di sekolah. Tangan besar milik Arman disambut lalu dikucup.

"Nana pergi dulu ya, byee."

"Byee." pintu Proton Saga milik Arman terus ditutup rapat lalu Medina membuka langkah, memasuki ke dalam kawasan sekolah seperti biasa.

Beg galas dibahunya disarung dengan elok manakala buku teks dan novel ditangannya dipegang dengan erat.

Novel, tidak pernah sekalipun Medina terlupa untuk membawa novelnya ke sekolah kerana itu sahajalah perkara yang dia boleh buat tatkala dia mempunyai masa lapang di sekolah.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now