𝐁𝐀𝐁 17

917 79 3
                                    

Mysterious Girl

Seperti yang di tunggu-tunggui

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seperti yang di tunggu-tunggui. Kini, sosok yang dicari oleh gadis itu sudah berdiri tepat di hadapannya.

Mata mereka bertemu, kali ini tiada lagi rasa takut mahupun risau di dadanya. Gadis itu sudah berani untuk berhadapan dengan lelaki ini.

Hanya terbit pelbagai soalan di fikirannya tentang kewujudan dan sebab kemunculan lelaki ini di hadapannya.

"Kenapa kau selalu muncul waktu malam?"

"Lebih selamat."

"Kau memang akan muncul setiap hari aku tuisyen ke? Or kau ada je muncul cuma aku yang tak perasan?"

Lelaki itu hanya diam seakan tidak mahu menjawab akan soalan tersebut.

"Jujur dengan aku, apa tujuan kau muncul dengan aku setiap malam macam ni? Mean malam tertentu?" soalan itulah yang paling dia ingin tujukan padanya. Sudah lama Medina fikirkan tentang itu.

"Kenapa aku? Aku ada buat apa-apa salah ke? Atau sebenarnya kau ada niat lain?" soal Medina yang makin menembak pelbagai soal.

"Calm down, dear. Kita ada banyak hari lagi, jadi kau tak perlu nak tanya terlalu banyak soalan dekat aku." balas lebarnya.

"Maksudnya, aku boleh tanya soalan lah kan? Jadi sila jawab setiap soalan aku dengan sejujur-jujurnya. And one more thing, stop calling me 'dear'. I'm not your 'dear'." tekan Medina.

Seketika, satu langkah mula dibuka olehnya. Berjalan mendekati Medina secara perlahan.

"One question for the day, dear." balasnya dengan sedikit tekanan di ayat terakhirnya. Terselit satu senyuman sinis di bibirnya.

Medina hanya memandang dengan bekunya sebelum dia sedar, lama kelamaan dia akan jatuh ke dalam senyuman lelaki itu.

"Better you ask me now, dear. Dah malam ni, kesian ibu kau seorang diri dekat rumah." ucapnya yang membuatkan gadis itu kembali tersedar dari lamunannya.

"Macam mana kau tahu ibu aku..."

"That's question? Hurm?" tanyanya seperti mahu menjerat persoalan gadis itu.

"No!" pantas Medina menjawab.

"No, ini soalannya." bahaya kalau dia tersilap tanya, nanti sia-sia masanya kalau terlepas peluang keemasan seperti ini.

"Kenapa sejak beberapa minggu ni kau asik muncul? Di malam yang sama dan masa yang sama? Kenapa? Apa sebabnya? Adakah semua tu berkaitan dengan aku, atau kau cuma nak ganggu aku? Tetapi aku tak percaya yang itu, kau mesti ada sebab kan? Apa sebabnya? Dan kenapa?"

Tanya Medina dengan panjang lebarnya, nampaknya dia betul-betul mahukan kesemua jawapan itu. Sudah lama memerap persoalan tersebut.

"Dear, I told you. One question for the day." Ulangnya, terserlah nada garaunya yang sangat lunak dan serak-serak basah.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now