𝐁𝐀𝐁 22

849 71 5
                                    

Mysterious Girl

Jejaka itu membuka Langkah mendekati gadis itu lalu mula melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang tersedia di samping katil itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jejaka itu membuka Langkah mendekati gadis itu lalu mula melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang tersedia di samping katil itu. Iris coklatnya kekal tuju ke hadapan, memandang wajah gadis itu yang kini tertunduk ke bawah.

Medina mendiamkan dirinya, seakan tidak mahu berdepan dengan lelaki.

Bukan, dia benci.

Dia benci apabila dirinya dilihat sebegini oleh orang lain.

Satu sisinya yang lemah.

Dia begitu benci apabila ada orang mula mengetahui akan sisi lemahnya yang ini.

"Medina." Panggil Harriz.

Medina masih setia menundukkan pandangannya ke bawah.

"Medina." Harriz memanggil lagi.

Senyap.

Gadis itu masih setia mendiamkan dirinya.

Harriz melepaskan keluhan berat dari mulutnya sebelum tangannya naik mula meramas rambutnya yang sedikit kusut itu.

"Medina." Panggil Harriz buat kali ketiga.

"Look at me."

Tiada balasan daripadaya. Dia masih di dalam dunia lamunannya, menghiraukan panggilan lelaki itu.

Ataupun sahaja menghiraukan.

"Medina, please. Look at me." Akhirnya lelaki itu mula merayu akan akannya, dia sudah tidak sanggup melihat gadis itu terus termenung seperti itu.

Terlalu sakit baginya.

Satu saat...

Dua saat...

Tiga saat...

Kepala gadis itu mula bergerak, perlahan-lahan mendongakkan kepalanya ke atas. Menemukan iris birunya dengan iris coklat milik lelaki itu.

Dan saat itu, lelaki itu menggenggam tangannya dengan kuat. Hatinya terus mengaburi dengan rasa yang amat bersalah.

Tangisan gadis itu membuatkan Harriz ingin menarik dirinya dan memeluknya tubuh gadis itu dengan seerat mungkin walaupun hakikatnya dia hanya mampu memandang gadis itu.

"Aku penat Harriz."

"Aku penat." Tiba-tiba gadis itu mula berbicara.

"Setiap kali aku dengar bunyi tu, aku jadi hilang akal."

"Aku j—jadi takut. Seluruh badan aku menggeletar tak tentu pasal. Disebabkan bunyi tu, benda yang terjadi dua tahun lepas tu kembali mengaburi fikiran aku." Tapak tangannya digenggam dengan kuat disaat bibirnya bergerak.

"Aku benci setiap kali aku kena menangis disebabkan hal bodoh ini. Aku nak lupakan benda ni tapi, tapi..." air mata gadis itu kembali menitis dengan banyak.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now