𝐁𝐀𝐁 02

2.1K 142 6
                                    

Mysterious Girl

⊹ Mysterious Girl ⊹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Home sweet home.

Medina melangkah keluar dari Proton Saga milik Arman dan berjalan masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu. Apabila sampai di hadapan pintu, tombol pintu dipulas dan salam terus diberi.

"Assalamualaikum ibu, Nana dah balik." Ujar Medina dengan riangnya.

"Assalamualaikum." salam Arman juga.

"Waalaikumussalam." Lembut Syila menjawab.

"Nana pergi mandi cepat, lepastu kita makan tengah hari sama-sama dengan ayah." Ujar Syila sambil menyapai kot pakaian dari tangan suaminya lalu disangkut.

"Baik!" sejurus itu, gadis muda itu terus berlari naik ke atas untuk membersihkan dirinya.

"Abang duduklah dulu. Harini sayang masak, masak lemak cili api." pinta Syila sambil mencedok nasi ke dalam pinggan makan buat Arman.

"Hrmm sedapnya! tak sabar abang nak rasa." Ujar lelaki lewat 30-an itu dengan teruja. Lengan bajunya dilipat ke atas dan langkahnya mula dibuka menuju ke arah dapur untuk membasuh tangannya.

Tidak sampai seminit, Arman kembali muncul di hadapan Syila dan melabuhkan punggungnya berhadapan dengan isterinya. Iris hitamnya bergerak melihat lauk-pauk yang terhidang kemas di hadapannya, terlihat sangat sedap dan lazat.

"Abang." Panggil Syila, segelas air kosong dihulurkan buat suaminya.

Gelas tersebut dicapai lalu diteguk sehingga licin. Kemudian gelas kosong itu kembali diletak di atas meja.

"Abang ada perjumpaan dengan Mr Woo minggu ini kan? Ke bulan depan?" tanya Syila sambil membelek lauk-pauk yang sedia terhidang di atas meja.

"Ada. Harini dengan dua minggu lagi. Dekat pejabat dia." jawab Arman sambil membetulkan tali lehernya walaupun tiada kecacatan pada tali lehernya.

"Dia?" tanya Syila, iris hitamnya naik memandang Arman.

"Tomorrow." Sepatah Arman membalas, terdengar nada sayunya.

Sebuah keluhan kecil keluar dari mulut wanita lewat 30-an itu. Tak lama kemudian, tangan Arman bergerak mengapai kedua belah tapak tangan milik Isterinya lalu digenggam.

"It's okay, sayang. Everything will be okay." Lembut Arman berkata, iris hitamnya setia merenung kelompok mata isteri tercintanya.

"Ya, betul. Semuanya akan baik-baik sahaja. In syallah. Dengan izinnya." ucap Syila sambil menayangkan sebuah senyuman lemah di bibirnya.

Beberapa minit kemudian, bunyi tapak kaki kedengaran dari arah tangga menandakan Medina sedang menuju turun ke bawah. Dengan pantas, mereka berdua kembali bersikap seperti biasa.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now