𝐁𝐀𝐁 21

893 82 1
                                    

Mysterious Girl

⊹ Mysterious Girl ⊹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jumaat | [21.7.2020]

PON!!

Bunyi hon kedengaran kuat membuatkan iris biru milik gadis itu tertuju ke hadapan, memandang para peserta larian 100 meter lelaki tingkatan lima berlari dengan sepantas kilat ke garisan penamat.

Semua khemah yang terpacak di tepi kawasan padang itu dipenuhi dengan orang ramai malah semua orang menjerit dengan begitu semangat untuk memberikan sokongan buat rumah sukan masing-masing.

Tidak sampai seminit, iris birunya kembali jatuh ke bawah. Membaca sebuah novel miliknya seperti biasa sementara menunggu gilirannya untuk berlari.

Walaupun suasana di pagi hari itu sangat riuh-redah, gadis itu masih santai membawa sebuah novel cinta aksi, Aku Lelakimu karya Sara Aisha itu dengan tenang. Pelbagai jeritan dan sorakan yang kedengaran di telinganya masih mampu ditahan, langsung tidak menganggu ketenteramannya.

Gadis itu terlalu khusyuk membaca sehingga tidak sedar bahawa acara larian 100 meter itu telah selesai. Bahkan pada yang sama juga acara tarik tali pusingan akhir juga turut berlangsung sejurus acara 100 meter tamat.

Hampir setengah manusia yang terdapat di dalam setiap khemah rumah sukan mula berlari ke hadapan, menuju ke tengah padang untuk melihat pusingan akhir tarik tali yang sedang berlangsung itu.

"Medina!"

Kepalanya terus mendongak ke atas, memandang seorang gadis berpakaian jersey ungu tatkala memegang sebuah senarai nama di tangannya.

"Ready, 200 meter nak mula." Ringkas gadis itu memesan sebelum dia berlalu pergi, mencari peserta 200 meter yang lain.

Medina terus bangun dari duduknya, menyimpan buku berharganya ke dalam beg tatkala mula membuka langkah menuju ke arah dewan sukan untuk berkumpul.

Tepat jam 08:40 pagi, Medina bersama para pesaingnya mula turun ke padang dan mengambil tempat masing-masing.

"Medina!" Langkah gadis terhenti tatkala dendangan telinganya menangkap satu suara memanggil  namanya. Badannya terus berpusing ke belakang, memandang ke arah suara itu datang.

"Goodluck, Dina! Dapatkan pingat emas tau! Woo! Go! Go!" teriak Allen sambil mengangkat tangannya ke udara, seakan cuba memberikan semangat buat gadis itu.

Tap!

"Aduh!" ringis Allen sambil melirik ke samping, memandang pelaku yang memukul kepalanya.

"Diamlah, banyak orang tengok." Tegur Adem selaku pelaku itu.

"Aku nak support Medina je, bukan nak malukan dia."balas Allen dengan tidak puas hati.

"Masalahnya kau malukan kita orang, bukan dia." Ujar Harriz sambil memegang  bahu Allen, tersenyum tajam sambil memandang iris hazel milik Allen.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now