𝐁𝐀𝐁 18

851 75 2
                                    

Mysterious Girl

Mata mereka bertemu, mereka memandang antara satu sama lain dengan lamanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata mereka bertemu, mereka memandang antara satu sama lain dengan lamanya.

"Apa yang Cikgu cakap ni?" pelik Medina. Tidak berapa faham akan ucapan cikgunya.

"Cikgu tanya, kamu percaya ke yang ayah kamu pergi outstation untuk bekerja?" soalnya dengan nada yang mula berubah.

Berat.

Sumpah, meremang bulu roma Medina. Nada lelaki itu sangat lain dari nada biasanya, yang selalu ramah dan lembut.

Nada yang digunakan olehnya sekarang ini sangat garau dan berat.

Kedengaran sedikit sinis baginya.

"Y-Ya, kalau tak ke mana lagi ayah saya nak pergi kalau bukan outstation untuk kerja." balas Medina dengan nadanya yang mula resah.

"Kejap, cikgu kenal ke ayah saya? Arman Shah?" soal Medina lagi.

"Kamu rasa?" soalnya kembali.

"Entahlah cikgu, kalau saya dah tahu, buat apa saya tanya cikgu lagi. Saya tanya sebab saya tak tahulah cikgu." ucap Medina dengan nada selembut-lembutnya walaupun dalam hatinya berang ya amat.

Satu sengihan sinis terukir di bibir Asraf. Iris birunya sempat menangkap senyuman itu, membuatkan hatinya bertambah geram kerana dia tahu lelaki itu tidak ambil serius akan hal ini.

"We used to work in one field before." tutur Asraf yang memusingkan kembali kerusinya menghadap mejanya.

Tangannya bergerak menyelak satu per satu laporan kerjanya.

"Pernah? Jadi sebelum ni cikgu kerja dekat syarikat yang sama dengan ayah saya ke?" soal Medina.

Setahu Medina, Arman bekerja di sebuah syarikat pengawalan keselamatan. Di bahagian IT. Dan baru beberapa bulan lepas Arman dinaikkan pangkat menjadi ketua jabatan di bahagian IT.

Dan disebabkan itulah mereka sekeluarga terbang ke England atas urusan kerjanya. Arman dihantar ke sana untuk memeriksa dan memantau sistem keselamatan yang baharu dilancarkan oleh syarikatnya di sebuah tempat di London.

Tetapi selama beberapa hari mereka di sana, Medina lebih banyak meluangkan masanya bersama Harriz dan Allen. Arman sibuk dengan kerjanya manakala Syila?

Medina turut pelik pada mulanya kenapa Ibunya turut terlibat bersama ayahnya tetapi dia hanya mengabaikan perkara itu.

Cikgu Asraf tidak membalas apa-apa sebaliknya dia hanya menganggukkan kepalanya sedikit. Seperti acuh tak acuh.

Medina mula membuka langkah, mendekati ke arah cikgu itu dengan berani.

"Macam mana cikgu kenal ayah saya? Like macam mana cikgu tahu yang ayah saya ialah kawan sekerja cikgu dulu?" tanya Medina dengan panjangnya.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now