𝐁𝐀𝐁 25

772 73 1
                                    

Mysterious Girl

Sehelai muka surat diselak disaat cawan kaca di sampingnya di ambil lalu dihirup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sehelai muka surat diselak disaat cawan kaca di sampingnya di ambil lalu dihirup. Selepas selesai menghirup, cawan kaca itu kembali diletakkan ke tempat asal lalu tumpuannya kembali fokus ke arah buku yang sedang di baca olehnya.

Pembetulan, novel.

Gadis itu sedang terduduk nyaman di ruang tamu sambil membaca sebuah novel bertajuk Code Name: Cobra karya penulis kegemarannya, Sara Aisha.

Tidak lupa juga, Arman juga turut berada di ruang tamu sedang sibuk menyelesaikan pekerjaannya. Di saat anak-beranak itu sedang sibuk dalam dunia mereka, Syila muncul dari dapur sambil membawa sebuah dulang yang mempunyai jag air dan beberapa makanan ringan buat mereka.

Syila berhenti di hadapan meja kecil yang terdapat di tengah-tengah ruang tamu itu lalu mula menghidangkan air dan makanan buat mereka.

"Medina, nah makan sikit." Pinta Syila sambil menolak pinggan yang berisi pelbagai manisan yang berwarna-warni.

Novel miliknya itu terus ditutup lalu diletakkan di sampingnya sebelum badannya terus berganjak ke hadapan dan mula melihat ke arah manisan Turkey itu.

Manisan Turkey.

Zup!!

Seketika, dia teringat. Kai memberikan manisan ini kepadanya tempoh hari. Hampir terlupa akan kewujudannya.

"Awak, awak rasa sekalilah. Banyak ni." Pelawa Syila kerana dia perasan bahawa suaminya itu masih fokus membuat kerjanya.

Arman terus tersedar. Langkahnya dibuka mendekati isteri dan anaknya sebelum secawan kopi dicapai lalu dihirup dengan berhati-hati.

"Ushh, sedapnya kopi awak buat ni!" Puji Arman dengan sungguhnya.

Syila hanya tersenyum mendengar pujian daripada suaminya sebelum pandangannya kembali jatuh kepada arah Medina yang masih tercegat memandang manisan turkey yang telah di hidang itu.

"Hey Nana, kenapa tak makan?" Soal Syila. Tangannya mula menyampai sebiji manisan turkey itu lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

Medina terus tersedar, pandangan matanya terus bertemu dengan Syila. Satu senyuman malu terbit di bibirnya.

Dalam masa yang sama, Arman juga turut menyapai sebiji manisan itu lalu disumbat penuh ke dalam mulutnya.

"Perh, manis betul." kejut Arman sehingga matanya terbeliak dengan besar, terkejut akan rasa manis manisan itu.

"Dah nama manisan ayah, mestilah manis." Tutur Medina sambil tergelak kecil.

Tanpa membuang masa, Medina terus menyampai manisan itu dan,

Ting!

Pergerakannya terhenti.

Dia kembali teringat akan suatu benda.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now