𝐁𝐀𝐁 16

956 74 1
                                    

Mysterious Girl

"Ibu, Nana masuk bilik dulu ya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ibu, Nana masuk bilik dulu ya."

"Hah okay, good night." Senyum Syila.

"Good night too, jangan tulis lama-lama sangat. Nanti sakit mata." Pesan Medina sebelum melangkah naik ke tingkat atas.

"Baik boss!" balas Syila. Sebaik sahaja kelibat anaknya hilang di balik tangga matanya kembali jatuh ke bawah, memandang skrin laptopnya seraya menaip papan kekunci dengan pantas. Seakan sedang menulis sesuatu.

Jari jemarinya bergerak dengan pantas seakan idea di kepalanya datang dengan mencurah-curah.

Tetapi,

Ekspresi yang ditunjukkan olehnya agak serius, bahkan wajahnya terlihat begitu fokus sekali.

Drutt, Druttt!

Drutttt, Druttt!

Seketika, perhatiannya teralih ke samping. Memandang telefon pintarnya yang kini berdering menandakan sebuah panggilan baharu masuk. Tanpa berlama, panggilan tersebut terus diangkat.

"Waalaikumussalam, Sayang. Kenapa telefon ni? dah on the way balik ke?" jawab Syila kepada pemanggil, suami tercintanya.

"Hah, dia dah masuk bilik."

"Tak ada. Dia tak ada cakap apa-apa pun kat saya."

"Oh."

"Okay, Syila akan hati-hati."

"Jadi sayang tak baliklah ni?"

"Hurm."

"Esok siapa nak hantar dia?"

"Hurm, okaylah." Malas nadanya membalas.

"Honey, be careful." tekan Syila sebelum mengakhiri panggilan itu.

"Okay, assalamualaikum."

Telefon pintarnya kembali diletak di samping seraya menamatkan perbualan di antara mereka. Syila mula menyandarkan tubuhnya ke belakang, melelapkan kelopak matanya buat seketika.

Satu keluhan berat dilepaskan.

Nampaknya, Arman takkan ada sepanjang minggu ini. Arman mempunyai uruskan kerja di luar kawasan membuatkan dia tidak mampu untuk pulang buat masa terdekat ini.

Wanita itu hanya mampu reda, jika bukan dia siapa lagi mahu menjaga keselamatan anaknya? Mahu mengharapkan suaminya seorang sahaja tidak boleh, Arman sudah mempunyai tanggungjawab besar. Dia perlu menyara keluarga kecil ini seraya menjaga keselamatan anak gadis mereka.

Nak tak nak, Syila perlu gagahkan hatinya. Kehidupan yang dia lalui sekarang ini lebih berbeza dari zaman mudanya. Dan tanggungjawabnya lebih besar dan berbahaya.

Tanggungjawab yang sedang dipikul oleh mereka sangat besar jadi Syila berjanji pada dirinya tidak akan sesekali melepaskan kembali kehidupan gadis itu kepada orang itu.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now