𝐁𝐀𝐁 09

1.2K 98 10
                                    

Mysterious 𝐆irl

⊹ Mysterious 𝐆irl ⊹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

10:03 A.M. (London)

Iris biru milik gadis itu tertuju ke hadapan, memandang dua orang jejaka yang sedang sibuk berbual hadapan pintu masuk hotel.

Arman dan Harriz.

Sudah tiga minit berlalu sejak dia ditinggalkan bersama Syila di sini, duduk di kawasan lobby hotel sambil menunggu kenderaan mereka tiba.

Pandangan matanya mula teralih ke samping, memandang wajah ibunya.

"Ibu."

Syila terus memusingkan kepalanya, memandang wajah puterinya dengan senyuman lembut yang tidak pernah lengkang dari bibirnya.

"Kenapa sayang?"

"Macam mana Harriz boleh ada dekat sini? and kenapa dia yang kena teman kan Nana?" soalnya.

"Oh pasal itu." Telefon pintar wanita itu terus dimatikan.

"Sebenarnya hari Nana terserempak dengan Harriz tu, Harriz ada bagi nombor dia dekat ibu. Harriz cakap dia kesian kan dekat kamu sebab seorang diri dekat sini, tak de kawan. Katanya dia boleh temankan kamu bila-bila masa." terang Syila.

"Tapi Nana tak kisah lah kalau tak ada kawan sekali pun. lagi satu Nana boleh jaga diri sendirilah ibu. Bukannya Nana nak keluar dari hotel pun, kalau ibu dengan ayah tak ada..." rungut Medina. Dia bukan apa, muncul rasa malunya kalau dia perlu berdua-duaan dengan Harriz di negara asing ini.

"Kamu jangan nak mengada. Harriz dah ada dekat sini dah pun. Ayah kamu pun dah setuju."

"Alaaa tapi ibu, kan tak elok kalau Harriz nak temankan Nana dalam hotel tu, dah lah kita orang berdua je." ucap Medina yang cuba memberi alasan.

Tetapi itu bukan alasan, betul bukan? Tidak elok lelaki dan perempuan yang bukan mahram berdua-duaan di dalam satu ruang tanpa orang ketiga.

Mahu kena tangkap basah nanti! Tak ke naya kena kahwin dengan mamat tu pulak! Menyempat desis hatinya berkata.

"Lagi satu, ibu percayakan dia ke? Macam mana kalau dia buat benda tak elok dekat Nana??"

Seketika, tangan Syila mula naik menyentuh pipi gadis itu.

"Sebab ibu percayalah ibu telefon dia untuk temankan kamu. Ayah kamu pun dah berikan kebenaran." lembut Syila membalas.

"Alaaa ibu, takkan kita orang kena duduk dalam hotel? Berdua pula tu." rungutnya lagi.

"Yang itu kamu jangan risau, kamu berdua takkan duduk dekat hotel." Ujar wanita itu sambil tersenyum misteri.

"Hahh?" bingung Medina.

"Sayang." Arman kini berada di hadapan mereka, Harriz setia di sampingnya.

"Jom, Alex dah tunggu dekat luar." Tangan Arman terus dihulurkan kepada Syila, menyambut tangan isterinya untuk bangun dari sofa yang diduduki olehnya.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now