𝐁𝐀𝐁 15

915 64 1
                                    

Mysterious Girl

⊹ Mysterious Girl ⊹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Isnin | [17.07.2020]

Angin bertiupan dengan lembut disaat cahaya matahari bersinar dengan cerahnya. Semua pelajar sedang berdiri tegak di dalam dewan sementara menunggu perhimpunan rasmi bermula.

Gadis itu berdiri diam di tempatnya tatkala iris birunya tertuju ke hadapan, memandang seorang lelaki yang berada di antara kaum Adam yang lain.

Wajah dingin jejaka itu dipandang lama.

Harriz.

"Diumumkan ketibaan puan pengetua..." pengawas yang bertugas telah mengambil tempat di atas pentas untuk memulakan majlis perhimpunan rasmi.

Perhimpunan pagi itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negara-Ku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai agenda pertama, perhimpunan diteruskan dengan bacaan ikrar rukun negara, ikrar keselamatan jalan raya dan ikrar sekolah.

Sebaik sahaja selesai membaca ketiga-tiga ikrar tersebut, semua guru dan para pelajar dibenarkan duduk.

Kemudian, bacaan doa dilalukan sebelum akhir sekali guru bertugas memberikan sepatah dua kata untuk maklumat dan agenda minggu ini.

Daripada maklumat yang disampaikan oleh guru bertugas, mulai minggu ini hari sukan akan bermula.

Esok iaitu hari selasa, setiap rumah sukan akan mula membuat acara pemilihan bagi mencari wakil dari setiap rumah sukan. Acara yang akan diadakan pada tahun ini adalah acara larian 100 meter, 200 meter, 4 x 200 meter, 4 x 100 meter, lontar peluru, lempar cekera, lompat jauh, lompat tinggi dan lempar lembing.

Bahkan, acara perbarisan dan kawad kaki turut diadakan. Ramai pelajar sudah bersemangat untuk bersukan, bahkan sewaktu pengumuman hari sukan diadakan hampir separuh dari pelajar yang ada di dalam dewan bersorak dengan gembiranya.

Semangat sukan dalam diri mereka sudah berkobar-kobar. Medina juga turut teruja akan acara esok, nampaknya Medina perlu bersedia dari segi mental dan fizikal kerana target utamanya ialah acara larian.

Pingat Emas, tunggu aku datang!



Kautan lengan dipegang dengan erat di saat langkah kecil dibuka menuju ke kawasan lobby sekolah di mana terletaknya destinasi yang hendak ditujui oleh para gadis itu.

Rehat kali ini mereka tidak pergi ke kantin sebaliknya gadis-gadis itu menuju ke pusat sumber sekolah. Medina ikutkan sahaja kemahuan rakannya, meneman Syizra untuk berjumpa seseorang.

Hah, tidak. Pembetulan, menemani Syizra memerhati seseorang.

Medina kekal senyap di tempatnya tatkala membaca sebuah novel yang dijumpai terbiar di atas meja sewaktu mereka melabuhkan punggung di situ manakala Syizra? Matanya tidak berhenti bergerak, cuba mencari kelibat seseorang sejak 10 minit yang lalu.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now