𝐁𝐀𝐁 30

750 69 5
                                    

Mysterious Girl

Kelopak matanya berkelip laju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kelopak matanya berkelip laju. Memandang papan tanda merah yang sedang bersinar di matanya pada saat ini. Jari-jemarinya diramas, memikirkan sama ada mahu memasuki kedai ini atau tidak.

Iris birunya melilau ke hadapan. Melihat ke arah rak buku yang tersusun di hadapan kedai. Ingin dia dekati tetapi risau jikalau ada setan yang merasuki tubuhnya.

Betul. Kedai ini penuh dengan hasutan syaitan. Hasutan syaitan yang bakal menghabiskan duit dia tanpa dia sedari.

Popular bookstore.

"Kau nak masuk ke?" Medina larikan mata ke samping. Pandang wajah lelaki itu dengan lama. Dia gigit hujung bibirnya kuat, sedang berfikir sama ada patutkah dia melangkah masuk atau tidak. Tetapi jika dia masuk, takut tak jumpa jalan keluar. Tapi kalau dia tak masuk, menyesal pula nanti. Haih! Macam mana ni!

Disebabkan Harriz melihat gadis itu seperti susah untuk membuat keputusan, dia berbisik sesuatu kepada Adem. Tidak sampai beberapa saat, Adem membawa diri. Pergi meninggalkan mereka berduaan bersama.

"Eh, Adem nak pergi man—"

"Jom, aku teman kau masuk." Tutur ringkas Harriz, sebelum kelibat lelaki itu menapak masuk ke dalam kedai. Saat itu, Medina menahan senyuman lebarnya dan menjerit dalam hatinya dengan riang.

Dia membuka langkah lebar. Memasuki Popular. Syurga novel.

Gadis itu terus menuju ke suatu bahagian. Bahagian di mana terletaknya semua jenis novel yang sedang hit di masa terkini. Kelopak mata gadis itu terbeliak dengan luas. Jantungnya berdegup dengan lajunya... rasa teruja mula menguasai perasaannya.

Di hadapannya sekarang, tersusun kemas semua jenis novel keluaran dari syarikat penerbit yang terkenal di Malaysia! Salah satunya, Kaki Novel, Karya Seni, Suara Hati, Kaseh Aries dan banyak lagi.

Rambang mata Medina apabila melihat semua novel itu. Ada yang sudah dia baca dan ada yang belum. Dia mengambil sebuah novel satu per satu dan mulai membaca sinopsis di belakang.

Tidak sampai seminit, dia menukar dan mengambil novel lain. Gadis itu ulangi langkah yang sama secara beberapa kali. Setiap seminit, novel lain diambil dan ditukar. Ambil dan tukar.

Medina rasai sangat gembira dan teruja apabila dapat membawa sinopsis novel-novel itu. Membuatkan mood membacanya terus muncul dengan membuak-buak.

Tanpa dia sedari, Medina terjerit dengan riang apabila terjumpa karya penulis kegemarannya. Maklumlah, sudah empat bulan dia tidak jejakkan kaki ke kedai buku. Ya, sejak pemergian Syila dan Arman, banyak perkara yang dia sukai terpaksa dia tinggalkan.

Itu pun dia membaca novel kembali pun disebabkan pujukan Syizra. Walaupun Syizra benci apabila rakannya selalu menghabiskan masanya bersama novel Syizra masih faham. Hanya novel-novel ini sahaja yang mampu menggembirakan Medina walaupun sedikit.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now