𝐁𝐀𝐁 20

978 84 1
                                    

Mysterious Girl

⊹ Mysterious Girl ⊹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang?"

Tangan Harriz terus melepaskan pegangannya sebaik mendengar suara wanita itu muncul.

Wanita itu berjalan menghampiri anak gadisnya lalu terus merangkul tubuh kecilnya masuk ke dalam dakapannya. Memeluk tubuh anaknya dengan erat.

Harriz yang menyaksikan keakraban mereka berdua hanya membeku, tiada reaksi yang dikeluarkan.

"Harriz, boleh tak kamu tunggu dekat bawah dulu? Aunty nak hantar Medina masuk bilik dia sekejap." Tenang wanita itu berkata, tangannya tidak berhenti menggosok bahu anaknya dengan perlahan seakan cuba menenangkannya.

Tanpa berkata apa-apa lelaki itu membuka langkah, pergi meninggalkan mereka berdua yang masih berada di dalam bilik itu.

Bilik yang menyimpan secebis ingatan yang pahit buat Medina.

Syila mula melepaskan dakapannya, melihat wajah puterinya yang kini sudah sembab kerana tangisan air matanya.

Jari-jemarinya mula naik mengelap air mata yang masih tersisa di pipi gebu gadis itu tatkala pandangan keibuannya setia tertuju ke wajah permata hatinya.

Permata yang tak ternilai harganya, permata yang hanya boleh didapati satu sahaja di dalam dunia kejam ini. Hanya satu ini.

Nyawa dan tali hayatnya.

Medina Natalia, satu-satunya anak perempuan yang dia miliki bersama suaminya walaupun hanya untuk dipinjamkan. Tetapi mereka tetap berasa sangat bersyukur dengan adanya kehadiran puteri kecil ini dalam hidup mereka.

Ya, seorang gadis kecil yang bernama Medina Natalia ini. Selamanya Medina Natalia akan menjadi gadis kecil buat mereka.

Selamanya.

"Sayang, jom ibu hantar masuk bilik. Tenangkan fikiran kamu, nanti dah okay baru turun." Lembut wanita itu berkata tatkala menurunkan sebuah kucupan singkat di atas kepalanya yang masih bersarung tudung.

Medina hanya menganggukkan kecil sebelum menggenggam tangan ibunya, melangkah keluar bersama-sama.

"Ibu," panggil Medina sebaik sahaja pintu bilik itu ditutup rapat.

"Ibu pergi lah turun bawah, layan Harriz. Kesian dia kena tunggu lama-lama. Nana boleh masuk bilik sendiri." Lemah gadis itu berkata tetapi masih kuat tersenyum buat ibunya.

"Hm yalah. Ibu turun dulu ya. Nanti dah okay turun tau. Kita minum petang."

"Hm" pendek Medina membalas, lalu Syila pun membuka langkahnya pergi meninggalkan anak gadisnya berseorangan di situ. Masih ada tetamu yang perlu dilayan.

"Puan." Langkah Syila terus terhenti sebaik sahaja lelaki itu tercegat di hadapan tangga. Seakan menunggu ketibaan.

"Har-"

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now