𝐁𝐀𝐁 11

1.2K 84 3
                                    

Mysterious Girl

⊹ Mysterious Girl ⊹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

19:12 P.M. (London)

Kedua belah tapak tangannya digosok secara perlahan-lahan, kakinya mulai dikepit dan badannya mula menggigil kesejukan.

Terasa suhu sejuk beku yang mula menampar pada kulitnya. Sejuknya mencengkam hingga ke tulang hitam, Seluruh bulu roma pada tubuh gadis itu meremang akibat angin sejuk yang dikeluarkan oleh penghawa dingin yang terdapat di dalam Audi RS7 tersebut.

Badan Medina mula bergerak ke kiri dan kanan tetapi masih lagi terasa kesejukan penghawa dingin itu. Akhirnya kelopak mata gadis itu mula dibuka.

Dia sudah terjaga dari tidurnya.

Dengan keadaan yang separuh mamai, Medina duduk termenung buat seketika. Matanya menoleh ke bawah, melihat sebuah jaket kulit yang elok menutupi badannya.

Jaket itu dicapai lalu dibau.

Harum. Bau yang sangat maskulin terhidu di hidungnya.

Seketika, Medina kembali sedar. Dia terus menyarungkan jaket itu pada tubuhnya. Dia terpaksa memakai jaket tersebut untuk menahan rasa kesejukan yang melampau itu.

Dalam masa yang sama, Medina sedar. Ketiadaan Allen dan Harriz di dalam kereta itu. Malah mereka sudah tiba di suatu tempat.

Parking bawah tanah? Mungkin mereka sudah tiba di hotel di mana gadis itu menetap.

Medina terus membetulkan shawlnya yang sedikit barai, lalu dia terus menyarung kasut pada kakinya sebelum melangkah keluar dari kereta.

Sebaik sahaja gadis itu keluar, tubuhnya terus dipeluk dengan erat. Bahkan suhu di bawah tanah juga turut terasa sejuk baginya.

"Ya allah, asal sejuk sangat ni." rungutnya.

Gadis itu mula berjalan di sekitar kawasan tersebut, cuba mencari ke mana perginya para jejaka itu. Tidak sampai beberapa minit, Medina tiba di hadapan pintu masuk ataupun kawasan lift yang menghubungkan untuk ke tingkat atas. Dalam masa yang sama dia nampak Harriz dan Allen sedang berdiri di situ, berhadapan antara satu sama lain.

"Harr.."

"Accidenti, Allen!." Keras jejaka itu menjerit.
[Sial, Allen!]

Langkah gadis itu terus terhenti.

"Perché non mi hai detto che ha incontrato Medina!" tutur Harriz dengan amarahnya disaat Allen kekal diam di tempatnya.
[Kenapa kau tak bagitahu aku yang dia jumpa Medina!?]

"E se gli succede qualcosa?!! sarai responsabile??" nadanya semakin tinggi.
[Macam mana kalau sesuatu terjadi dekatnya?!! Kau nak bertanggungjawab??]

Walaupun Medina tidak faham sepatah perkataan yang diucapkan oleh Harriz, tetapi dia boleh mengagak yang jejaka itu sedang marah akan rakannya. Sangat marah. bahkan Dari tadi Medina lihat Harriz menggenggamkan buku lima.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now