𝐁𝐀𝐁 12

1.1K 81 6
                                    

Mysterious Girl

⊹ Mysterious Girl ⊹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

08:20 A.M. (London)

Sinar matahari terpancar terus pada wajahnya, menyilaukan pandangan matanya sehingga membuatkan gadis itu terjaga daripada lena. Tubuhnya mula dibangunkan, mula menyandarkan badannya di kepala katil.

Tangannya naik, menggosok sebelah matanya lalu menyelakkan rambut panjangnya ke belakang. Tidak lama kemudian, dia turun dari katilnya dan menuju masuk ke dalam bilik air bersama sehelai towel.

Selesai membersihkan dirinya, sehelai hoodie dan seluar palazo disarung pada tubuhnya. Penutup hoodie ditarik ke atas, menutup kepalanya sebelum dia melangkah keluar dari biliknya.

Seketika, dia tiba di ruang tamu. Matanya tertuju ke hadapan, memandang seorang lelaki yang masih tertidur nyenyak di atas sofa. Perlahan-lahan dia mula berjalan mendekatinya.

Badannya di bongkok ke bawah, mendekati wajah lelaki itu. Iris birunya direnung lama ke wajah lelaki itu, sangat lama.

Medina terpegun memandang wajahnya, dari kening yang lebat, hidungnya yang mancung, kelopak matanya yang lebat, rahang wajahnya yang menawan dan tajam. Tidak lupa bibirnya yang merah cair semula jadi.

Bahkan kulit wajahnya bersih dari sebarang jerawat, kalah kulit perempuan. Tidak lupa juga warna kulitnya yang tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap.

Tiba-tiba, matanya menangkap sesuatu benda hitam pada wajah lelaki itu.

Tahi lalat.

Tanpa sedar, tangan Medina naik mahu menyentuh sebelum...

Tap!

Tangannya ditangkap.

"Apa yang kau nak buat, Medina?" kelopak jejaka itu terus terbuka, merenung wajah gadis itu dengan datarnya.

Gadis itu merentap tangannya dan terus berlari selangkah ke belakang sebelum jejaka itu mulai bangun dari baringnya.

"Deman kau? dah okay?" soal Harriz sebaik sahaja bangun, wajah gadis itu direnung.

Medina menganggukkan kepalanya dengan terkebil-kebil.

"Kenapa kau ada dekat sini? tak balik ke? kau tidur dekat sini dah berapa hari? bukan Allen ada sekali ke semalam? eh Mana Allen?" bertubi gadis itu menjatuhkan soalan seperti tiada hari esok.

Seketika, Harriz bangun. Mula mendekati gadis itu.

"Kau dah lupa apa yang aku pesan?"

"Lupa apa?" bingung Medina.

Tiba-tiba, Harriz mendekatkan wajahnya ke telinga Medina lalu berbisik,

"If you ask a lot of questions, I will kiss your lips." ucap Harriz dengan nada mengodanya.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now