𝐁𝐀𝐁 28

793 63 4
                                    

Mysterious Girl

Empat bulan kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Empat bulan kemudian.

Pada hari yang indah, angin bertiupan dengan lembut tatkala sinaran matahari terpancar dengan terik sehingga memantulkan silau ke beberapa buah rak buku yang terdiri di perpustakaan sekolah menengah itu.

Semua murid berjalan ke hulur dan ke hilir di antara rak buku demi mencari buku yang ingin mereka bacai. Terdapat banyak jenis genre dan bahasa yang mereka dapat jumpai. Setiap sudut di dalam rak itu telah disusun dengan kemas dan di asing mengikut kategori masing-masing bagi menyenangkan para murid untuk memilih bahan bacaan mereka.

Pada waktu itu, terdapat seorang gadis yang sedang duduk di sebuah meja, tenggelam dalam dunia ciptaannya di tatkala iris birunya tertuju ke bawah.  Membaca helaian demi helaian kertas yang diselak itu. Sebuah novel Thriller-Action menjadi pilihan hatinya.

Selang beberapa minit, dia mulai menggigit bibirnya tanpa sedar. Badannya yang tadi elok bersandar pada kerusi mulai bergerak ke hadapan, mendekatkan wajahnya ke buku yang dia pegangi.

Matanya mulai memfokus pada satu bahagian sebelum bibirnya mula bergerak, berbisik tanpa dia sedari.

"Lelaki bertopeng kosong itu mula melangkah ke hadapan. Mendekati wanita itu sambil mengheret sebuah kapak di tangan kirinya."

"Wanita itu menangis dengan ketakutan, perkataan 'jangan' diulang beribu kali tetapi sayangnya tangisannya itu langsung tidak dihiraukan sebaliknya lelaki itu terus mendekatinya sehingga badan wanita itu bertemu dengan dinding."

"Tubuh wanita itu membeku dengan keras. Dia takut. Dengan perlahan-lahan, pandangan matanya mula naik bertemu dengan mata si jejaka misteri itu."

"Sedetik kemudian, lelaki bertopeng itu menjatuhkan lututnya ke bawah. Berlutut di hadapan wanita itu lalu menanggalkan topeng miliknya. Sejenak wanita itu terdiam. Seakan terkedu dengan kemunculan sosok jejaka itu."

"Wanita itu terkesan, dia tidak sangka orang di hadapannya ini ialah orang yang membunuh keluarnya, sekaligus orang yang mencuri..."

"Medina!"

Pap!

Buku itu terus ditutup dengan pantas, kejut apabila mendengar sergahan namanya dari belakang. Iris birunya terus menajam, merenung wajah pelaku yang mengusiknya.

"Kau ni kan! Aku tengah baca part suspen tau!" marahnya. Potong emosinya sahaja apabila dikacau saat genting plot itu terjadi,

Syizra tersenyum kecil, suka apabila dapat menganggu rakannya itu daripada aktiviti membacanya.

Medina kembali menghadap ke hadapan, menyelak kembali beberapa helai muka surat. Cuba mencari semula di mana muka surat yang dia berhenti membaca sesaat yang lalu.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now