𝐁𝐀𝐁 08

1.3K 96 13
                                    

Mysterious Girl

As long as you love me

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

As long as you love me.

Lagu milik Justin Bieber itu diputar oleh Medina. Earbuds yang dipakai di telinga di saat matanya tertuju ke luar tingkap, melihat pemandangan di luar dengan sayu.

Sudah hampir 2 jam dia berada di dalam kereta itu bersama Alex dan ibunya, dan destinasinya masih lagi tidak diketahui. Bahkan mereka berada di keluar dari kawasan kota London dan mula memasuki sebuah kawasan perkampungan.

Medina tidak tahu ke mana hendak mereka pergi. Sejak sejam yang lepas, Syila hanya menyatakan bahawa dia hendak pergi berjumpa dengan kawan lamanya yang menetap di kawasan ini.

Medina tidak pernah tahu yang Syila mempunyai rakan di negara ini. Ini satu benda yang baharu baginya. Seingat Medina, Syila tidak pernah belajar di luar negara atau sambung belajar di mana-mana universiti kerana Syila dan Arman berkahwin muda.

Selepas Syila dan Arman berkahwin, dia meninggalkan zaman pembelajarannya dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Bahkan, Syila ada menulis beberapa buah novel bagi mengisi masa lapangnya.

Tetapi tidak pernah sekali pun Medina dapat membaca karya ibunya malah Syila tidak pernah memuat naik apa-apa di laman sosial, mahu blogger atau aplikasi membaca.

Beberapa minit berlalu dah akhirnya kereta yang dinaiki olehnya itu berhenti di hadapan sebuah rumah agam yang sedikit usang.

"Medina, dah sampai. Turunlah." Ujar Syila sebelum menjejak kaki turun dari kenderaan tersebut.

Medina yang pantas mencabut earbuds miliknya lalu dimasukkan ke dalam bekas airpots. Pintu dibuka lalu turun dari kereta itu dengan segera.

"Sepanjang kita berada dekat sini, jangan sesekali bercakap dengan sesiapa pun. Faham?" tegas wanita itu berkata walaupun bernada lembut.

Medina menganggukkan kepalanya lalu terbit satu senyuman di bibir ibunya. Tak lama kemudian, Syila memberikan satu pandangan buat Alex sebelum mereka mulai mengangkat kaki ke arah pintu gerbang pada rumah agam itu.

Apabila tiba tepat di hadapan pintu, Syila mula menekan loceng pintu.

Ding dong!

kedengaran bunyi loceng yang begitu bergemar dan kuat di telinga mereka.

Beberapa saat kemudian, Pintu besar itu dibuka luas dan muncullah seorang wanita berusia pertengahan 30-an yang berpakaian seakan pembantu rumah di balik pintu itu.

"Please come in. Madam has been waiting for you." ucapnya sambil melangkah ke samping agar dapat memberikan ruang buat mereka.

Syila berjalan masuk terlebih dahulu lalu diikuti oleh Medina.

Iris biru milik gadis itu sempat tertuju ke luar, memandang Alex yang setia berdiri di samping keretanya sebelum satu saat pandangannya kabur apabila pintu gerbang itu kembali ditutup.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now