𝐁𝐀𝐁 10

1.2K 100 7
                                    

Mysterious Girl

⊹ Mysterious Girl ⊹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

14:03 P.M. (London)
Botany Bay, Broadstairs Beach.

Kelopak matanya berkelip dengan perlahan, menikmati tiupan angin yang lembut menampar ke wajahnya.

Sangat berangin dan sejuk.

Buat seketika, kelopak matanya ditutup. Menikmati tolakan angin yang halus kepada seluruh badannya. Terasa sangat segar dan tenang.

Tenang.

Itu adalah ayat yang paling senang dia terangi.

Tenang.

Allen dan Harriz yang telah keluar dari kereta juga turut berdiri di tempat mereka, memandang ke arah gadis itu.

"Boleh tak aku nak pergi dekat air?" soal Medina dengan harapan mereka bagi, bukannya apa takut balik nanti kasutnya berpasir dan akan mengotorkan kereta milik si Allen itu.

Allen memberikan isyarat kepalanya ke arah Harriz, menyuruh gadis itu bertanya kepada Harriz.

Mata Medina jatuh ke wajah Harriz, menunggu balasan dari jejaka itu dengan penuh sabar.

"Go." Singkat jejaka itu membalas.

Satu senyuman terus terbit di bibir si gadis. Tanpa berlama, Medina berlari anak mendekati ke arah hujung pantai itu.

Para jejaka itu setia mengikutinya dari belakang.

Tapak kakinya terus direndam sebaik selesai menanggal kasut dan stokingnya. Gadis itu tersenyum dengan riangnya apabila dia dapat merasai kesejukan air di bahagian tapak kakinya.

Medina mula membuka langkah, berjalan di sekitar kawasan pantai itu dengan langkah kecilnya.

Untung baginya kerana tidak ramai pengunjung yang ada di kawasan pantai itu, malah tempat Medina merendamkan kakinya langsung tiada orang. Mungkin disebabkan kawasannya yang agak rapat dengan batu-batuan yang besar, tidak ramai orang yang mahu mandi d sana.

Kebanyakan orang ramai akan bermandi-manda di tengah-tengah kawasan pantai, kerana di situlah mereka dapat menjemur badan.

Sewaktu gadis itu sedang sibuk bermain air, Harriz hanya memandang dirinya dari juah, iris coklat gelapnya tertuju lembut ke arah gadis itu. Seperti seorang lelaki yang sedang melihat kekasih hatinya.

Kelibat Allen hilang dari sampingnya, jejaka itu pergi meninggalkan Harriz keseorangan untuk mengangkat panggilan telefon.

Lama jejaka itu termenung, memandang gerak geri gadis itu sebelum satu saat tangannya mula diseluk ke dalam poket. Telefon pintarnya yang berjenama IPhone 11 Pro Max mula dikeluarkan.

Skrin telefonnya sentuh lalu ikon camera ditekan.

Klik.

Klik.

Hidden Lass | New Ver.Where stories live. Discover now